Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.wal] | ڤڠاول

Definisi : 1. orang yg mengawal, penjaga, pengawas: Taruna dan Aduka sama-sama menjadi ~ dan pesuruh penghulu yg setia; 2. orang yg mengawal (mengetuai) jabatan kerajaan yg tertentu: ~ Hasil Dalam Negeri; ~ Kastam; ~ kampung pasukan (orang) yg bertugas secara sukarela utk menjaga keselamatan kampung; ~ pantai (pasukan) petugas yg mengawasi lalu lintas kapal, mencegah penye­ludupan, membantu kerja menyelamat di laut dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.wal] | ڤڠاول

Definisi : 1 orang yg mengawal; penjaga; pengawas: ~ kampung. 2 orang yg mengawal atau mengetuai sesuatu jabatan kerajaan: ~ Kastam. 3 alat utk mengawal. ~ imbang ist alat utk mengawal sesuatu supaya seimbang. ~ peribadi pengawal atau orang yg tugasnya khas utk mengawal seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
controlling force diagramgambar rajah daya pengawalMekanikGunaanGambar rajah yang menunjukkan perubahan daya pengawal pada pengawal imbang dengan jejari pengawal imbang itu. Lihat juga daya pengawal, pengawal imbang.
control linetalian kawalanKejuruteraanTiadaTalian kereta api yang digunakan pada kereta api berbilang unit untuk menghubungkan pengawal-pengawal induk dengan gear penyentuh pada gerabak-gerabak yang berlainan.
public address systemsistem siar rayaKejuruteraanTiadaKaedah elektronik untuk membesarkan keluaran bunyi pembesar suara, penyanyi atau alat muzik apabila bunyi terlalu lemah untuk didengari berbanding dengan kehingaran umum atau terlalu bergema. Unsur asas sistem ialah mikrofon, penguat, pengawal-pengawal dan pembesar suara. Sinonim: sistem pengukuhan bunyi.
insurance examinerpemeriksa insuransinsuransTiadaPengawal jabatan pengawal insurans yang ditugaskan mengaudit dan memeriksa pengurasan insurer.
isochronous governorpengawal imbang bersemasaMekanikGunaanPengawal imbang yang mempunyai laju keseimbangan yang sama untuk semua jejari putar. Bagi pengawal imbang jenis ini, sarung pengawal beranjak ke salah satu kedudukan yang paling jauh sebaik-baik sahaja laju berubah daripada laju bersemasa. Mana injap masuk bahan api akan terbuka atau tertutup sepenuhnya dan keseimbangan sukar dicapai.
plant growth regulatorpengawal atur pertumbuhan tumbuhanPerikananAkuakulturMolekul yang mempengaruhi perkembangan tumbuh-tumbuhan. Kebiasaanya, pengawal atur pertumbuhan tumbuhan ini sangat aktif pada kepekatan yang sangat rendah. Terdapat dua jenis pengawal atur pertumbuhan tumbuhan, iaitu pengawal atur pertumbuhan tumbuhan semula jadi dan pengawal atur pertumbuhan tumbuhan sintetik.
controlling forcedaya pengawalMekanikGunaan(bagi pengawal imbang) Daya memusat yang bertindak pada bebola yang berputar disebabkan berat sarung, daya pegas, dan sebagainya. Pada sebarang laju keseimbangan, daya pengawal sama dan berlawanan dengan daya empar. Lihat juga pengawal imbang.
unstable governorpengawal imbang tidak stabilMekanikGunaanPengawal imbang yang mempunyai jejari putarnya menurun apabila laju bertambah. Bagi pengawal imbang ini, laju keseimbangan pada kedudukan sarung paling bawah adalah lebih tinggi daripada laju keseimbangan pada kedudukan paling atas. Maka sarung itu akan sentiasa bergerak ke salah satu kedudukan had itu.
power of governorkuasa pengawal imbangMekanikGunaanKerja yang dilakukan padasarung pengawal bekalan bahan api untuk sesuatu perubahan laju yang tertentu; kuasa pengawal imbang sama dengan usaha min didarab sesaran sarung.
final controllerpengawal akhirAeroangkasaTiadaPengawal radar yang memberi arahan kepada juruterbang pesawat udara yang berada dalam fasa penerbangan sua akhir.,Satu aliran udara yang lapisannya selari dengan permukaan pesawat udara.,Pengawal radar yang memberi arahan kepada juruterbang pesawat udara yang berada dalam fasa penerbangan sua akhir.
12345678910...

Kembali ke atas