Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pihak (badan atau orang) yg menjalankan kawal selia: keadaan itu mendesak ~ sekuriti utk berbincang dan bertukar-tukar maklumat; kajian itu menonjolkan isu utama yg membabitkan semua ~ kewangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pihak, badan atau orang yg menjalankan kawal selia: Latihan itu adalah utk semua ~ kewangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
takaful regulatorpengawal selia takafulEkonomiEkonomi IslamIndividu yang diberi kuasa untuk mendaftarkan, mengawal dan memantau semua pengendali takaful selaras dengan Akta Takaful dalam sesuatu negara. Kuasa ini diberi untuk menjaga kepentingan awam, peserta dan pengendali takaful. Di Malaysia, pengawal selia disandang oleh Gabenor Bank Negara Malaysia yang bertindak atas arahan Menteri Kewangan. Walau bagaimanapun, pengawal selia boleh memberi kuasa atau melantik individu lain untuk membantunya menjalankan tugas dan tanggungjawab sama ada secara am atau dalam kes tertentu.
National Regulatory SandboxMedan Ujian Regulatori NegaraUndang-undangTiadaMedan yang disediakan oleh pihak pengawal selia tertentu yang membenarkan pihak berkepentingan menjalankan ujian atau percubaan secara langsung dalam keadaan selamat dan terkawal.
Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial InstitutionsOrganisasi Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan IslamEkonomiEkonomi IslamBadan penyelaras piawaian perakaunan dan pengauditan yang berpusat di Bahrain. Organisasi ini bertujuan mengeluarkan piawaian perakaunan antarabangsa mengikut kerangka syariah untuk diguna pakai oleh institusi kewangan Islam. Organisasi ini dianggotai oleh beberapa ahli sukarela yang mewakili pengguna penyata institusi kewangan Islam, akauntan, jurubank, ahli akademik, ahli syariah dan badan pengawal selia. Organisasi ini dipantau oleh jawatankuasa syariah yang menilai piawaian dan memberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan syariah. Singkatan AAOIFI.
Baruch PlanRancangan BaruchSains PolitikHubungan AntarabangsaRancangan peringkat antarabangsa bagi mengawal tenaga atom. Rancangan ini dicadangkan oleh delegasi Amerika Syarikat yang diketuai oleh Benard Baruch kepada Jawatankuasa Tenaga Atom PBB pada tahun 1946. Rancangan ini bertujuan untuk menubuhkan satu institusi antarabangsa yang mengawal selia semua pengeluaran senjata nuklear dan hak melintasi sempadan negara bagi tujuan pengesahan dan pemeriksaan pembangunan senjata tersebut. Walau bagaimanapun, Kesatuan Soviet menentang rancangan ini dan mencadangkan supaya suruhanjaya pengawal senjata tertakluk kepada keputusan Majlis Keselamatan PBB. Kesatuan Soviet juga mencadangkan supaya semua stok senjata nuklear Amerika Syarikat dimusnahkan terlebih dahulu.

Kembali ke atas