Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.wa.nan] | ڤڠاونن

Definisi : perbuatan atau proses menga­wan: proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg berkualiti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.wa.nan] | ڤڠاونن

Definisi : perihal atau perbuatan mengawan: Proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengawanan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
natural matingpengawanan semula jadiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu kaedah pembiakan pada haiwan yang melibatkan percampuran haiwan jantan dan betina untuk pengawanan. Pengawanan semula jadi biasanya dilakukan terhadap ternakan ladang seperti lembu, kerbau, kambing dan juga haiwan liar. Kaedah pembiakan lain adalah dengan permanian beradas.
assortative matingpengawanan mengisihBiologiGenetikPengawanan antara jantan dan betina yang melibatkan pemilihan pasangan berfenotip sama (pengawanan positif) atau berfenotip bertentangan (pengawanan negatif).
assortative matingpengawanan anekaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah mengawan dan bentuk pemilihan seksual melibatkan haiwan yang mempunyai fenotip yang sama. Pengawanan aneka berlaku lebih kerap berbanding dengan kaedah pengawanan rawak.
sibmatingpengawanan sibBiologiGenetikPengawanan antara adik-beradik.
sib matingpengawanan sibBioteknologiTiadaPengawanan antara adik-beradik.
disassortative matingpengawanan tak mengisihBiologiGenetikPengawanan antara jantan dan betina yang berbeza fenotipnya.
sib matingpengawanan sekandungPertanianAgronomi

 Kacukan antara dua pokok yang berasal daripada biji benih sekandung. Pengawanan sekandung biasanya digunakan dalam program pembiakbakaan untuk mendapatkan ciri-ciri yang dikehendaki.

dysgenesisdisgenesisBiologiEkologiKetidaksuburan apabila pengawanan berlaku di kalangan sesama hibrid, tetapi hibrid yang berkenaan boleh menjadi subur jika pengawanan berlaku dengan ahli-ahli daripada salah satu induknya.
monogamymonogamiBiologiGenetikSistem pengawanan antara satu jantan dengan satu betina yang berpasangan, sama ada untuk seumur hidup atau untuk satu musim pengawanan.
ethological isolationpemencilan etologiBiologiEkologiSempadan atau halangan pengawanan di kalangan individu daripada spesies yang berlainan disebabkan oleh perbezaan lakuan pelamaran. Pemencilan etologi terbahagi kepada tiga kategori iaitu: (a) rangsangan penglihatan. Ini termasuklah warna, corak warna pada badan, bentuk badan dan pergerakan. Rangsangan ini bertindak bersama-sama dengan rangsangan pendengaran, rasa, atau rangsangan kimia; (b) rangsangan pendengaran. Ini termasuklah nyanyian, panggilan serta isyarat bunyi lain. Misalnya, bunyi yang spesifik memainkan peranan penting dalam lakuan pelamaran katak dan burung; (c) rangsangan kimia. Rangsangan ini dikesan sama ada dengan sentuhan atau bau. Banyak spesies yang menghasilkan bau untuk pengawanan, misalnya mamalia.
123456

Kembali ke atas