Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.ya.an] | ڤڠاياءن

Definisi : perihal (usaha, proses, dsb) me­ngayakan: pelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa; ~ atau peluasan perbendaharaan kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.ya.an] | ڤڠاياءن

Definisi : perbuatan atau hal mengayakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu betul i) pengayaan atau pengkayaan ii) Ujian pemahaman atau ujian kefahaman

i) Yang betul ialah pengayaan

ii) Kedua-duanya boleh digunakan, iaitu ujian pemahaman dan ujian kefahaman yang bermaksud perihal memahami atau apa dan sejauh mana sesuatu itu difahami.

Tatabahasa08.08.2009
apakah perbezaan (adalah / ialah), (pembelajaran / pemelajaran), pengkayaan / pengayaan,Adalah/ialah kedua-duanya kata pemeri (unsur yg menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan secara persamaan (ekuatif) menggunakan kata pemeri ialah, sementara pemerihalan secara huraian(kualitatif) menggunakan adalah. Kata Pembelajaran dan pemelajaran daripada kata dasar ajar. pembelajaran –proses (kegiatan) belajar, sementara pemelajaran- proses mempelajari-belajar utk mengetahui sst. dengan mendalam. Kata pengayaan daripada kata dasar kaya, iaitu perihal (usaha, proses,dsb) mengayakan: iaitu menjadikan kaya(berharta atau berwang banyak). Tidak terdapat kata pengkayaan dalam bahasa Melayu. Harap maklum.Makna04.12.2006

Kembali ke atas