Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.bi.lan] | ڤڠبيلن

Definisi : perihal (perbuatan, proses dsb) mengebil atau mengebilkan: pihaknya sudah mengemukakan beberapa cadangan mengenai struktur ~ baru itu; apa yg dibimbangkan oleh TNB ialah pemalsuan sistem meter dlm ~ kpd pengguna komersial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.bi.lan] | ڤڠبيلن

Definisi : perbuatan (proses dsb) mengebil atau mengebilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengebilan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menyemak yang mana satukah penggunaan istilah yang paling tepat untuk proses mengira dan menghantar bil kepada pengguna sesuatu perkhidmatan. Adakah 'pengebilan' atau 'pembilan'? Adakah maksud kedua-dua istilah ini berbeza? Jika ya, bagaimana ianya berbeza dan bila sesuai digunakan dalam bentuk ayat atau dalam menerangkan proses mengira bil sesuatu perkhidmatan?
Apitan peng-...-an bergabung dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, contohnya syor menjadi pengesyoran dan bom menjadi pengeboman. Sehubungan dengan itu, penggunaan yang betul ialah pengebilan

Tatabahasa18.01.2021
Berkenaan dengan bidang Tekonologi Maklumat/Komputer: 1) "Burstable" ialah kaedah mengukur lebar jalur berdasarkan penggunaan puncak, bagi tujuan pengebilan. Kaedah ini juga membolehkan penggunaan melebihi ambang tertentu untuk jangka masa yang singkat tanpa kesan kewangan ke atas pengguna. 2) "Peering" ialah proses apabila dua rangkaian internet menyambung dan menukar trafik. Proses ini membolehkan rangkaian tersebut menghantar trafik secara langsung antara pelanggan masing-masing, tanpa penglibatan pihak ketiga. Saya amat berbesar hati jika pihak DBP dapat mencadangkan istilah yang sesuai bagi "burstable" dan "peering" (jika ada). Terima kasih.Cadangan kami peering diterjemahkan kepada merangkai padan dan burstable diterjemahkan kepada boleh langkau sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun, kedua-dua terjemahan ini akan diteliti dengan lebih lanjut lagi dan setelah memperoleh jawapan rasmi kami akan meng-e-melkannya kepada pihak tuan.Lain-lain26.05.2019
Saya ingin memastikan perkataan 'pembilan' yang digunakan pada salah satu unit di dalam organisasi / bahagian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd boleh digunakan atau tidak? Dan jika ia ada dalam salah satu perkataan, apakah maksud sebenar perkataan itu. Terima kasih.Kata yang sepatutnya digunakan ialah pengebilan.Ejaan22.11.2007

Kembali ke atas