Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.bu.mian] | ڤڠبومين

Definisi : perihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.bu.mian] | ڤڠبومين

Definisi : perbuatan atau hal mengebumikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengebumian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satukah yang betul? "Pengkebumian" atau "Pengebumian"? "Mengkebumikan" atau "Mengebumikan"Ejaan yang betul ialah pengebumian dan mengebumikan. Ejaan21.10.2014
Apakah perkataan yang betul sama ada 'pengebumian ' atau 'pengkebumian'Kata terbitan yang betul ialah pengebumian, kata bumi menerima apitan penge-...-an.Tatabahasa22.03.2012
Kata dasar “pengebumian” ialah “ke bumi”. Dengan berdasarkan makna yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ke bumi bukanlah bermakna “masuk ke dalam bumi” melainkan berada di bumi (angkasawan kembali ke bumi) dan kena pada tanah (jatuh ke bumi, tumpah ke bumi). Dapatkah kita katakan “ke bumi” dalam konteks “pengebumian” ialah kiasan yang maksud sebenarnya ialah “dimasukkan ke dalam lubang kubur”?    Sdr. miarmgu,  terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Pertanyaan sdr. (soalan yang ditanyakan), dimasukkan ke dalam lubang kubur,  jika melihat makna yang diberikan dalam kamus pelajar ke bumi; mengebumikan menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. pengebumian perbuatan atau hal mengebumikan. Kata-kata tersebut boleh memberi makna yang sdr. maksudkan.Makna23.02.2009
Manakah yang betul, pengebumian atau pengkebumian?Daripada kata dasar ke bumi diimbuhkan dengan peN-…-an, kata terbitan yang betul ialah pengebumian, iaitu perihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan.  Tatabahasa01.12.2014
Tuan, sestengah upacara pengebumian (mayat) dilakukan dengan pembakaran mayat. Apakah istilah yang sesuai untuk cara pembakaran?

Encik Wong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Setakat yang kami ketahui inilah istilah yang diguna pakai dalam upucara pengkebumian mayat. Terima kasih

Istilah13.05.2009
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian ejaan bagi tiang pengebumian di Sarawak oleh Kaum Sekapan dan Punan Bah. Dalam laman web muzium negara dieja 'kelirieng' tetapi tiada maklumat dalam prpm. apakah ejaan yang sebenarnya? Kelereng, kliring, keliring, klereng, klering, kelerieng atau kelireing? Diharapkan pihak DBP dapat memberikan pencerahan. Terima kasih.

Tuan/puan yang budiman,

Dalam data rujukan kami, hanya terdapat perkataan keliring (suku Tetaw) yang membawa maksud tempayan abu mayat. Selain itu, dalam data kami juga menemui perkataan liyeang (suku Melanau Mukah) yang bermaksud liang lahad. Perkataan lain tiada dalam data rujukan kami.

Istilah26.12.2018
1. kendatipun dia tidak sihat, namun dia tetap menguatkan semangat justeru menghadiri upacara pengebumian sahabat karibnya itu. (munsyi, adakah justeru sesuai digunakan dalam ayat ini? ) terima kasihJusteru bermaksud kebetulan atau malahan dan tidak tepat digunakan dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut, sila lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=justeru.Tatabahasa18.06.2013
Salam, boleh saya tahu padanan dalam Bahasa Melayu untuk 'funeral tablet'. Adakah tanda peringatan pengebumian ?. Contoh ayat : gather up the polished black funeral tablet of the family's dead ancestors, which were tumbling from the household Buddhist altar.Cadangan terjemahan bagi funeral tablet ialah "batu nisan atau batu peringatan"Makna24.02.2022
Salam sejahtera. Apakah padanan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa nama 'funeral hall'? Terima kasih.Sekiranya tempat tersebut merupakan dewan, pihak kami mencadangkan padanan bagi funeral hall ialah dewan pengebumian.Penyemakan dan penterjemahan17.01.2019
LOS ANGELES 22 Ogos – Upacara pengkebumian Michael Jackson telah ditangguhkan sehingga 3 September ini daripada tarikh asal pada 29 Ogos. - Utusan Online Betulkah penggunaan kata 'pengkebumian' pada ayat tersebut. Jika salah, mengapakah media cetak menggunakannya? Bagaimana pula dengan kata 'ketepi' dan 'ketengah' apabila menerima imbuhan meN-....-kan? Terima kasih.Istilah yang betul ialah pengebumian. Media menggunakan pengkebumian mungkin disebabkan mereka tidak mengetahui tatabahasa yang betul. Bagi kata ke tepi dan ke tengah apabila menerima imbuhan meN- akan menjadi mengetepikan dan mengetengahkan kerana huruf yang digugurkan ialah huruf k pada ke tepi / ke tengah, bukan huruf t. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 152. Tatabahasa22.08.2009

Kembali ke atas