Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.bu.mian] | ڤڠبومين

Definisi : perihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.bu.mian] | ڤڠبومين

Definisi : perbuatan atau hal mengebumikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengebumian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
funerary symbolsimbol pengebumianArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiUnsur yang berkaitan dengan pengebumian dapat dibahagikan kepada tiga. Pertama, simbol dibezakan mengikut kronologi dan arkeologi. Contohnya, pengebumian dengan cara melentur merujuk kepada zaman Hoabinh manakala pengebumian secara memanjang adalah dari Zaman Neolitik. Simbol pengebumian pada zaman Logam dan Protosejarah menggunakan batu besar yang dikenali dengan Megalitik (kubur kepingan batu, dolmen, menhir dan sarkopagus). Pada zaman Islam, nisan telah digunakan sebagai simbol pengebumian. Bahkan nisan juga mempunyai bentuk yang berbeza antara lelaki dan perempuan. Kedua, simbol pengebumian boleh dilihat dari bekal pengebumian yang disertakan bersama simati, semakin mewah bekal pengebumiannya maka semikin tinggi status individu berkenaan semasa hidup. Ketiga, posisi mayat seperti melentur dari bekal pengebumian juga menjadi simbol kepercayaan dan bekalan hidup selepas mati.
dugout canoe burialpengebumian perahu batangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSistem pengebumian yang melibatkan penggunaan kanu dan hanya ditemui di Pulau Kalumpang, Kuala Selinsing (Perak). Terdapat tiga pengebumian kanu ditapak ini yang disertai bekal pengebumian seperti manik kaca, pendayung, hiasan kepala dan tembikar tanah. Pengebumian kanu ini dianggarkan diamalkan sekitar 200 tahun SM. Pada waktu yang sama pengebumian ini diandaikan pertama kali diamalkan oleh masyarakat di petempatan ini sebelum penguburan biasa dilakukan.
flexed burialpengebumian melenturArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBentuk pengebumian mayat dalam keadaan berlipat. Dari pandangan sisi, bahagian tangan dilipatkan ke dada atau melingkari bahagian lutut yang dibengkokkan ke dada seperti keadaan bayi di dalam kandungan ibu. Pengebumian ini melambangkan unsur kelahiran kembali si mati di alam lain. Bentuk pengebumian ini merujuk kepada zaman Hoabinh dan selepas zaman ini, digantikan dengan pengebumian memanjang. Banding pengebumian memanjang.
extended burialpengebumian memanjangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBentuk pengebumian mayat yang ditanam secara memanjang dan terdapat bekalan kubur seperti gelang batu, sisa tulang, binatang dan tembikar tanah yang diletakkan pada bahagian kaki dan kepala. Di sesetengah tempat terdapat mayat yang diletakkan batu sebagai alas kepala. Penguburan ini berkembang pada Zaman Neolitik di Asia Tenggara. Contohnya, penemuan di Gua Cha (Kelantan). Banding pengebumian melentur.
funerary goodsbekal pengebumianArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLihat barangan pengebumian
secondary burialpengebumian sekunderArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAmalan yang dipraktikkan oleh masyarakat lampau dengan meletakkan mayat di suatu tempat atau ditanam sehingga reput. Kemudian, tulang-tulang dan tengkorak mayat tersebut dikumpulkan untuk dikebumikan semula di kubur lain, ditempatkan di dalam tempayan atau keranda khas. Upacara ritual juga diadakan semasa pengebumian sekunder dijalankan. Contohnya, pengebumian sekunder yang dipraktikkan oleh masyarakat Iban suatu ketika dahulu, iaitu tulang-tulang mayat disimpan di dalam tempayan dan ditempatkan pada kelereng.
archaeological burialrekod pengebumian arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiRekod tentang kubur yang ditemui di tapak arkeologi. Rekod ini diambil dengan menggunakan kaedah mengambil gambar, pengukuran, catatan dan kajian makmal. Tujuannya untuk menyimpan data berhubung dengan sistem pengebumian arkeologi seperti jantina, umur, kaum dan status. Contohnya, rekod pengebumian arkeologi yang ditemui di Kuala Selinsing (Perak) dan Gua Niah (Sarawak).
funerary goodsbarangan pengebumianArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTinggalan yang ditemui di dalam kubur yang berperanan sebagai barang iringan. Tinggalan ini mempunyai fungsi untuk kegunaan si mati di alam lain dan pada waktu yang sama turut berperanan sebagai lambang atau status. Antara barangan pengebumian separti kalung tulang binatang, gelang batu, tembikar, manik dan alat batu. Kedudukan barangan ini, biasanya berada di bahagian kepala, badan, kaki dan sisi mayat. Contoh tempat bahan ini ditemui ialah di Gua Cha (Kelantan) . Gua Gunung Runtuh (Perak) dan Gua Niah (Sarawak). Sinonim bekal pengebumian.
burialpengebumianKependudukanTiadaTiada
inhumationpengebumianSosiologiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas