Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.cas] | ڤڠچس

Definisi : alat yg digunakan utk mengecas: dia mengecas baterinya dgn menggunakan ~ elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.cas] | ڤڠچس

Definisi : alat yg digunakan utk mengecas (bateri). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengecas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya penggunaan perkataan power bank dalam bahasa Melayu adakah 'pengecas telefon mudah alih' atau 'pengecas mudah alih'
Menurut data kami, perkataan power bank diterjemahkan kepada bank kuasa.
Makna09.11.2016
Terjemahan sesuai bagi Power Adapter bagi telefon pintar? Adakah palam pengecas sesuai digunakan?Padanan bahasa Melayu bagi istilah power adapter ialah alat suai kuasa. Padanan ini bergantung pada konsep dan konteks penggunaan  dalam sesuatu bidang tertentu. Istilah09.02.2023
Salam sejahtera, Sila berikan pencerahan tentang penggunaan "dari" dan "daripada". "dari" adalah untuk tempat, masa, arah. "daripada" pula dikatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak. 'institusi' yang dimaksudkan di sini seperti apa? Jadi, adakah ayat di bawah betul? 1. E-mel itu dari bank 2. Alat kawalan itu mendapat kuasanya daripada pengecas. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Salam sejahtera,

Puan,

Betul seperti yang difahami oleh puan.

Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 268-269)untuk makluman lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa02.07.2019

Kembali ke atas