Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.cua.lian] | ڤڠچوالين

Definisi : 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dr kebiasaan (sesuatu peraturan dll); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kpd atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dsb): satu persidangan negara-negara utk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.cua.lian] | ڤڠچوالين

Definisi : perbuatan atau hal mengecualikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengecualian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satukah ayat yang lebih tepat? 1) Pengecualian penuh ke atas pengenaan penalti. 2) Pengecualian penuh terhadap pengenaan penalti.Ayat yang betul ialah "Pengecualian penuh terhadap pengenaan penalti."Tatabahasa22.05.2023
Perbezaan penggunaan kekecualian dan pengecualian.

Menurut data kami, maksud kekecualian ialah sesuatu yang me­nyimpang (berlainan, terasing) daripada yang umum dan lain-lain, sesuatu yang dibebaskan (terkeluar, terasing) daripada sesuatu peraturan (ketentuan dan sebagainya) manakala pengecualian bermaksud 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dari kebiasaan (sesuatu peraturan dan lain-lain); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kepada atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dan sebagainya): satu persidangan negara-negara untuk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. 

Makna26.12.2017
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan "ianya memerlukan", adakah ini kata kerja yang bersesuai bagi ayat 1. bagi permohonan pengecualian bayaran, ianya memerlukan kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi.Ayat yang betul ialah Bagi permohonan pengecualian bayaran, kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi diperlukan. Kata "ianya" ialah bentuk kata ganti nama yang tidak mengikut rumus tatabahasa.Tatabahasa21.03.2024
Assalamualaikum w.b.t Saya ingin bertanyakan sekiranya pihak kami ingin membuat pengecualian berkenaan penggunaan bahasa inggeris di dalam iklan, bagaimanakah prosedurnya? Untuk makluman pihak DBP, nama iklan yang bakal kami iklan ini merupakan nama program akademik yang telah tertakluk dalam syarat-syarat UiTM. Perhatian dan kerjasama daripada pihak DBP amatlah kami hargai sekiranya dapat memberi pengecualian terhadap penggunaan bahasa inggeris didalam iklan tersebut. Segala pertimbangan daripada pihak DBP kami ucapakan ribuaan terima kasih. No. Pendaftaran 6252/2013 - Tarikh Mula Proses Permohonan : 03/05/2013 14:40 - Tarikh Pengesahan : 03/05/2013 15:32 - Status Permohonan : TIDAK LULUS - Pindaan/Komen : Sila terjemah iklan kepada bahasa Melayu. DBP tidak mengesahkan iklan dalam bahasa InggerisSila kemukakan semula iklan tuan kepada domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan nyatakan alasan tuan tentang pengecualian tersebut. Untuk makluman tuan, DBP mengesahkan penggunaan bahasa yang betul, jika tiada atau salah penggunaan bahasa kami tidak boleh memperakukannya. Oleh itu, setiap iklan perlu menggunakan bahasa Melayu dengan saiz yang besar dan jelas, bahasa lain dibenarkan tetapi perlu ada padanannya dalam bahasa Melayu.Lain-lain03.05.2013
Bolehx komplemen menjadi predikat?"Usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan ialah bahawa sekatan pergerakan penuh perlu dilaksanakan tanpa sebarang pengecualian." Ini contoh ayat yang diberikan oleh Cikgu Ghalib Yunus. Tapi ramai yg kata xboleh. Mohon penjelasan tuan.Ayat yang betul ialah Usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan ialah pelaksanaan sekatan pergerakan penuh tanpa sebarang pengecualian.Tatabahasa29.08.2021
salam. saya mohon senarai perkataan pengecualian dalam hukum luar darlung. ini untuk memudahkan rujukan pelajar kelas jawi saya. saya dapati buku panduan ejaan jawi keluaran dbp dan buku pintar jawi eleh pak matlob, hanya memberikan beberapa contoh sahaja. seperti dana, pasya, mama, lama dsb. senarai penuh akan membantu pelajar jawi dalam penulisan. terima kasihBuku Pandai Jawi oleh Pak Matlob diterbitkan oleh Cerdik Publications dan tuan boleh mendapatkan naskhah berkenaan melalui penerbit yang berkenaan.Lain-lain25.04.2019
Adakah terjemahan ini tepat? i. Exception Error - ralat pengecualian Terima kasih.Cadangan terjemahan tersebut boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan10.04.2015
Tuan, sila rujuk fail yang saya lampirkan untuk memahami pertanyaan saya.Melalui semakan kami dalam buku Tatabahasa Dewan, tidak ada maklumat tentang pengecualian awalan meN- untuk hadir bagi perkataan makan, minum, minta dan mohon. Kamus Pelajar (kamus rujukan untuk pelajar) juga menyenaraikan kata terbitan memakan, meminum, meminta dan memohon. Dalam hal ini, ada baiknya tuan menghubungi penerbit dan penulis buku rujukan yang tuan maksudkan untuk mendapatkan maklumat yang lanjut.Tatabahasa21.11.2014
Mengapakah ejaan betul chalet dan bukan calet? Bukankah ch menjadi c dalam bahasa Melayu baku? Chandelier menjadi candelier, chef menjadi cef. Mengapakah chalet mendapat pengecualian?Pakar bidang telah memutuskan peminjaman perkataan chalet dalam bahasa Melayu dengan mengekalkan bentuk ejaan dan sebutannya.Istilah11.03.2019
Apakah ada perbezaan antara perkataan 'telah' dan 'sudah'? Adakah perkataan-perkataan ini mempunyai perkataan setara dalam bahasa inggeris? Contohnya: have, has atau had = sudah was atau were = telah atau ada pengecualian/peraturan tertentu untuk menggunakannya?Merujuk Kamus Dewan, kata telah sama maknanya dengan sudah. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata telah dan sudah dikategorikan sebagai kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa. Dalam bahasa Inggeris, perkataan already membawa maksud yang sama dengan telah dan sudah.Tatabahasa19.12.2011
123

Kembali ke atas