Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngé.da.ran] | ڤڠيدرن

Definisi : perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengedarkan: ~ risalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngé.da.ran] | ڤڠيدرن

Definisi : perbuatan atau hal mengedarkan: Orang-orang yg terlibat dlm ~ dadah itu telah ditangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengedaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
audit bureau of circulations (A.B.C.)biro audit pengedaranKomunikasiTiadaOrganisasi yang mengaudit jumlah pengedaran akhbar dan majalah. Perkhidmatan terpenting organisasi ini ialah menyediakan piawaian mutu pemberitaan dan jumlah pengedaran media cetak. Penubuhan organisasi ini ditaja oleh para penerbit.
drug traffickingpengedaran dadahKriminologiKeadilan JenayahAktiviti yang melibatkan penanaman, pembuatan, pemprosesan, penyimpanan dan pemerdagangan dadah. Dari segi undang-undang, pengedaran dadah termasuklah perbuatan seperti mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyikan, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya.
traditional directed economyekonomi terarah tradisionalEkonomiTiadaCabang ekonomi yang menyelesaikan masalah pengeluaran dan pengedaran mengikut amalan tradisi, iaitu dengan menyerahkan proses pengeluaran dan pengedaran yang dilakukan oleh bapa kepada anak cucu secara warisan. Amalan ini sangat meluas di negara mundur dan di negara sedang membangun. Misalnya, di Malaysia, nelayan dan pembuat batik di Pantai Timur selalunya mewariskan pekerjaan mereka kepada anak masing-masing.
paid circulationedaran berbayarKomunikasiKorporatKaedah pengedaran bahan penerbitan kepada pengguna yang telah melakukan pembayaran lebih awal. Pengguna ini dikenali juga sebagai pelanggan. Tempoh masa langganan ditentukan oleh pelanggan berdasarkan sejumlah bayaran yang telah ditetapkan. Pengedaran bahan penerbitan ini akan dihentikan apabila tempoh langganan itu tamat. Jumlah bayaran yang dikeluarkan oleh pelanggan biasanya lebih rendah daripada bayaran biasa yang terdapat di gerai media cetak.
distributionpengedaranPentadbiranTiadaSalah satu adunan pemasaran yang menyediakan barangan atau perkhidmatan untuk pelanggan.
sample distributionedaran sampelKomunikasiKorporatKaedah memperkenalkan dan mempromosikan barangan kepada pengguna sasaran dengan mengedarkan sampel barangan dengan pelbagai cara. Antara cara tersebut adalah melalui pos edaran dari rumah ke rumah, dikedai, atau melalui kupon pengiklanan. Kaedah tersebut merupakan kaedah promosi yang murah dan mudah dikendalikan. Contohnya, pengedaran barangan kosmetik kepada kakitangan pejabat, pengedaran ubat baru kepada doktor, pengedaran syampu kepada pakar kecantikan, atau pengedaran buku teks contoh kepada guru dan pensyarah. Dari segi pengurusan, edaran sampel dilakukan oleh agensi tertentu dalam industri pengiklanan. Kaedah ini merupakan strategi promosi yang paling efektif bagi barangan baru kerana menawarkan percubaan percuma kepada pengguna dengan harapan mempengaruhi mereka supaya menjadi pengguna kekal. Sinonim fungsi sampel.
overlapping circulationpengedaran bertindanPentadbiranTiadaTiada
serials circulationpengedaran terbitan bersiriPerpustakaanTiadaTiada
serial circulationpengedaran terbitan bersiriPerpustakaanTiadaTiada
circular routingpengedaran kelilingPerpustakaanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas