Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngéks.po.tan] | ڤڠيکسڤورتن

Definisi : perihal atau perbuatan mengeksport; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngéks.po.tan] | ڤڠيکسڤورتن

Definisi : hal atau kerja mengeksport: Pd masa lalu, getah keping berbunga yg dilapiskan menjadi bandela merupakan sistem ~ yg diterima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengeksportan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SANTA ANA

Santa Ana (pend. 135 186) ialah bandar kedua

terbesar di El Salvador. Bandar ini merupakan

pusat perdagangan yang penting, terutamanya

untuk pengeksportan kopi. Kegiatan perindustrian

lain yang penting di Santa Ana termasuk

pembuatan gula, pembuatan bir, dan pembuatan

tekstil kapas, alas kaki dan perabot. Santa Ana juga

mempunyai sebuah teater kebangsaan dan sebuah

sekolah kesenian. Untuk lokasi, lihat El Salvador

(peta politik).

UMUM 
PULAU FLINDERS

Pulau Flinders ialah pulau yang terbesar dalam

kumpulan Furneaux, di Selat Bass, jauh dari

pinggir pantai timur laut Tasmania. Untuk lokasi,

liha t Tasmania (peta politik). Pulau ini berukuran

kira-kira 80 kilometer panjang dan antara 13

kilometer hingga 24 kilometer lebar. Penduduknya

adalah kira-kira 905 orang. Industri pulau ini

termasuk pertanian, perikanan, pelancongan, dan

pengeksportan burung mutton . Whitemark ialah

bandar yang terbesar.

UMUM 
ANUGERAH RATU UNTUK EKSPORT DAN TEKNOLOGI

Anugerah Ratu untuk Eksport dan

Teknologi, dianugerahkan kepada syarikat di

United Kingdom yang memperoleh pencapaian

yang cemerlang dalam usaha meningkatkan eksport

atau dalam inovasi teknologi (menggunakan kaedah

baru atau mengeluarkan produk baru). Anugerah ini

dapat dimenangi oleh mana-mana cabang industri,

termasuk pertanian. Pemegang anugerah ini – sama

ada untuk pencapaian dalam bidang pengeksportan

atau dalam bidang teknologi – menerima replika

lambang anugerah tersebut yang dibuat daripada

besi dan dilekapkan pada blok yang lut sinar.

Pemegang anugerah ini berhak mempamerkan

lambang tersebut pada alat tulis yang dicetak dan

pada produk mereka. Bagi anugerah eksport,

lambang itu mempunyai huruf E di tengahnya. Bagi

anugerah teknologi, ia mempunyai huruf T.

UMUMAnugerah/Hadiah

Kembali ke atas