Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngéks.po.tan] | ڤڠيکسڤورتن

Definisi : perihal atau perbuatan mengeksport; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngéks.po.tan] | ڤڠيکسڤورتن

Definisi : hal atau kerja mengeksport: Pd masa lalu, getah keping berbunga yg dilapiskan menjadi bandela merupakan sistem ~ yg diterima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengeksportan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
manufactured exportseksport pembuatanEkonomiTiadaPengeksportan barang pembuatan yang dikeluarkan dalam negeri.
Dangerous Drug Act 1952Akta Dadah Berbahaya 1952HerbaPeraturan dan PemasaranAkta yang memperuntukkan pengawalseliaan pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan, dan penggunaan opium serta beberapa ubat atau bahan berbahaya yang lain. Akta ini turut membuat peruntukan khas berhubung dengan bidang kuasa mahkamah.
postharvest chemical treatmentrawatan kimia pascatuaiPertanianAgroteknologiRawatan kimia yang diberikan kepada komoditi tuaian seperti buah, biji atau bunga yang bertujuan untuk memberi perlindungan daripada serangan perosak semasa komoditi itu disimpan atau semasa pengangkutan. Contoh perosak ialah kumbang yang sering memakan bijirin di dalam gudang penyimpanan serta kulat Anthracnose yang merosakkan buah-buahan seperti mangga. Kadangkala, rawatan kimia menjadi satu prasyarat dalam pengeksportan komoditi pertanian. Antara bahan kimia yang sering digunakan dalam rawatan kimia pascatuai untuk buah-buahan ialah natrium hipoklorit, air yang mengandungi ozon dan hidrogen peroksida. Walau bagaimanapun, kadar bahan kimia mestilah dikawal supaya tidak toksik kepada pengguna.
import authorisationpemberian kuasa importHerbaPeraturan dan PemasaranProses membenarkan syarikat untuk mengimport produk kosmetik. Menurut Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, pemegang pemberitahuan kosmetik boleh mengimport produk kosmetik setelah pemberian kuasa import diberikan dalam nota pemberitahuan. Walau bagaimanapun, pemberian kuasa import juga boleh diberikan kepada syarikat dengan kebenaran Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Farmasi untuk tujuan pensampelan pasaran, penilaian dalaman, pengeksportan semula, dalam transit, dijual atau dibekal dalam zon perdagangan bebas, pengangkutan antarabangsa seperti kapal laut dan kapal terbang yang masuk atau keluar dari Malaysia.

Kembali ke atas