Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngé.la.kan]/[pe.ngé.la/.kan] | ڤڠيلقن

Definisi : perihal menjauhkan atau menghindarkan diri drpd tanggungjawab atau membebaskan diri drpd terpaksa melakukan sesuatu perkara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengelakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh diterjemahkan untuk perkataan 'deprivation', 'adverse outcomes', 'control problem' dan 'interaction avoidance'? (2) Saya berharap sangat agar pihak DBP memberikan cadangan jawapan ini. Saya sangat meminta jasa baik dari pihak Tuan?Puan. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi "deprivation" ialah penafian atau perlucutan. "Adverse outcomes" pula boleh diterjemahkan sebagai kesan buruk, manakala "control problem" boleh diterjemahkan sebagai masalah terkawal. Kami juga mencadangkan "interaction avoidance" diterjemahkan sebagai pengelakan interaksi. Untuk makluman, padanan perkataan atau istilah ini bergantung pada konteks atau konsep penggunaan ayat mengikut bidang tertentu.Istilah15.09.2020
Minta jasa baik anda untuk mengubah perkataan ini kepada istilah Bahasa Melayu: 1. "Learning Goal" 2. "Mastery Goal" 3. "Performance Approach Goal" 4. "Performance Avoidance Goal"

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah:

1. Learning Goal - Matlamat Pembelajaran
2. Mastery Goal -  Matlamat Penguasaan
3. Performance Approach Goal - Matlamat Pendekatan Prestasi
4. Performance Avoidance Goal - Matlamat Pengelakan Prestasi

Istilah12.12.2015

Kembali ke atas