Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.lua.ran] | ڤڠلوارن

Definisi : perihal mengeluarkan, usaha (proses) menghasilkan, penghasilan: ekonomi negeri kita bergantung pd ~ barangan utama spt getah, minyak dan bijih timah; ~ barang-barang itu terganggu kerana pemogokan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.lua.ran] | ڤڠلوارن

Definisi : perbuatan atau hal mengeluarkan (menghasilkan): ~ buku teks hendaklah diperbanyak pd tahun-tahun yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan pengesahan sama ada istilah 'perluasan' atau 'peluasan' yang digunakan untuk ayat berikut: KWSP telah memperluaskan manfaat pengeluaran kepada ahli yang berstatus bukan warganegara Malaysia selain dari pengeluaran yang telah dibenarkan sebelum ini iaitu Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya dan Pengeluaran Kematian. 'Perluasan' / 'Peluasan' Manfaat ini diberikan kepada Ahli Bukan Warganegara yang bekerja atau berkhidmat di Malaysia. Mohon pengesahan pihak DBP berkaitan perkara ini. Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.Peluasan bermaksud usaha meluaskan, manakala perluasan bermaksud hasil daripada usaha memperluas (menjadikan lebih luas). Penggunaan kata memperluas dalam konteks ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa21.07.2016
1. Perbezaan penggunaan perkataan 'penggunaan' dengan 'kegunaan', 'pengeluaran' dengan 'keluaran', dan 'pernyataan' dengan 'kenyataan'.Penggunaan bermaksud perihal menggunakan, manakala kegunaan bermaksud faedah menggunakan. Pengeluaran bermaksud perihal atau proses mengeluarkan, manakala keluaran ialah hasil yang dikeluarkan.
Pernyataan dan kenyataan boleh membawa maksud masing-masing atau membawa maksud pengumuman bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Untuk maklumat lanjut layari www.prpm.dbp.gov.my.
Makna25.06.2012
Mohon cadangan pihak DBP untuk penjenamaan semula nama unit yang lebih sesuai seperti berikut: Unit Tadbiran Akademik dan Pengeluaran -tadbiran akademik : menguruskan bahagian kursus jangka pendek -pengeluaran : menyediakan keperluan mengajar seperti fail kursus. Mencetak nota pembelajaran (percetakan). Mohon cadangan nama yang lebih bersesuaian. Terima kasih.Pada pandangan kami Unit Pentadbiran Akademik boleh digunakan. Unit tersebut bertanggungjawab menyelenggara segal yang berkaitan dengan pentadbiran akademik termasuklah menyediakan keperluan berkursus.Tatabahasa19.12.2013
Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali ke atas komoditi tersebut. Adakah "berikutan" perlu tambah "dengan"?"Ke atas" atau "atas"?Mana satu yg gramatis?1. "berikutan" tidak perlu tambah "dengan"

2. Ayat yang betul ialah "Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali terhadap komoditi tersebut."
Lain-lain21.08.2021
Assalamualaikum... Saya ingin mengetahui tentang undang-undang hak cipta, terutamanya yang berkaitan dengan penterjemahan bahan. Terima kasih.

Akta Hak Cipta 1987 melindungi sesuatu karya daripada sebarang pengeluaran semula dalam apa bentuk atau versi sekalipun. Ini bermakna sebarang pengeluaran semula (termasuklah penterjemahan bahan tersebut) perlulah mendapat keizinan daripada tuan punya hak cipta karya tersebut terlebih dahulu sebelum sesuatu karya itu boleh diterjemah untuk apa tujuan sekalipun. Terima kasih.

Lain-lain11.11.2009
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan Negara yang mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran. perlaktaan negara dieja huruf kecil atau besar? negara atau Negara?Perkataan "negara" ialah kata nama am,  dieja dengan huruf kecil  dalam ayat yang berikut: Berdasarkan Jadual 1, nyatakan "negara" yang mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran.Ejaan03.05.2023
Boleh terangkan dengan jelas perbezaan istilah output dan outcome dan jika boleh kaitkan dengan contoh dalam bidang pendidikan ? Terima kasih...

Encik Abdul Razak,

Makna output ialah  hasil pengeluaran, keluaran: pd masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri drpd 80% jumlah ~ industri; 2. (Komp) hasil pemprosesan data oleh komputer; 3. (Fiz) isyarat yg diperoleh drpd litar elektronik; ~ data data yg boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer; ~ grafik hasil janaan komputer dlm bentuk cetakan atau plot grafik; manakala makna outcome ialah hasil: whether he gets the job depends on the ~ of the exams, sama ada dia mendapat kerja itu atau tdk, bergantung pd keputusan peperiksaan tersebut; we must wait on the ~ of the talks, kita mesti menunggu hasil perundingan itu.

Perkataan outcome boleh juga bermaksud akibat.  Oleh yang demikian, dalam konteks pendidikan  sekadar contoh, boleh membawa maksud  keluaran atau produk  yang bagaimana yang ingin dihasilkan oleh sistem pendidikan kita dan akibatnya apabila sesuatu sistem atau peraturan dilaksanakan.    

Makna23.03.2010
Ayat "Garis Panduan Pengeluaran Fatwa di Pulau Pinang". 1. Adakah perkataan "Garis Panduan" boleh digantikan dengan "Tatacara" atau "Amalan"? 2. Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan dalam ayat tersebut di atas?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, garis panduan bermaksud panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsbnya.) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; Maksud Tatacara pula ialah: 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur: ~
Manakala maksud amalan pula ialah: 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksana­kan, dikerjakan, dsbnya) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah ke­satuan sekerja sahaja yg dibenarkan ber­gerak dlm. sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan;

Berdasarkan maksud/makna perkataaan yang dinyatakan di atas, perkataan garis panduan dan tatacara boleh digunakan dalam ayat tuan tersebut. Namun begitu, perkataan yang lebih sesuai ialah garis panduan.
Lain-lain14.11.2018
JAWATAN KOSONG - TEMU DUGA TERBUKA JAWATAN : OPERATOR PENGELUARAN MASA : RABU - JUMAAT 10.00AM - 12PM,2.00PM - 4.00PMUntuk semakan dan pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasawww.dbpsahbahasa.myLain-lain05.02.2018
Syarikat kami ingin memohon permit kelulusan pengambilan/pengeluaran air panas untuk tujuan perniagaan kesihatan kepada orang ramai. Kami telah berdaftar di Lemgaba Urus Air Selangor (LUAS). Syarikat berkhaskan pada MDHS untuk meluluskan membudayakan Bahasa pada penasihat Dewan Bahasa Dan PustakaPertanyaan daripada pihak tuan kurang difahami oleh pihak kami.
Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
Lain-lain18.06.2017
1234567

Kembali ke atas