Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngen.da.li] | ڤڠندالي

Definisi : pemimpin, pengurus, pentadbir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngen.da.li] | ڤڠندالي

Definisi : 1 orang yg mengendalikan. 2 alat yg digunakan utk mengendalikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendali (kata kerja)
1. Bersinonim dengan kelola: pimpin, urus, awas,

2. Bersinonim dengan tali kekang: cais, kekangan,

Kata Terbitan : mengendalikan, terkendalikan, pengendali, pengendalian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
recording trunkpokok rakamanKejuruteraanTiadaSesalur yang memanjang dari pejabat pusat tempatan atau ibu sawat cawangan swasta ke pejabat tol, yang digunakan hanya untuk perhubungan dengan pengendali-pengendali tol dan bukan untuk melengkapkan sambungan-sambungan tol.
Laplacian operatorpengendali LaplaceanKejuruteraanKejuruteraan KimiaPengendali matematik yang ditakrifkan ke atas sebarang fungsi � sebagai (rujuk m/s 268) dengan �2 = pengendali Laplacean, � = sebarang fungsi, x, y, z = jarak.
Del operatorpengendali DelKejuruteraanKejuruteraan KimiaPengendali vektor matematik dalam arah vektor i, j, dan k yang ditakrifkan ke atas sebarang fungsi � sebagai (rujuk m/s 268) dengan � = pengendali Del, � = sebarang fungsi, x, y, z = jarak.
takaful operatorpengendali takafulEkonomiEkonomi IslamEntiti yang diberi kebenaran oleh bank pusat sesebuah negara untuk menjalankan perniagaan takaful. Pengendali takaful mengendalikan dua perkhidmatan utama, iaitu Pelan Takaful Keluarga dan Skim Takaful Am. Perkhidmatan tersebut ditawarkan berdasarkan akad mudarabah dan tabaruk. Pengendali takaful akan menguruskan semua caruman peserta melalui Kumpulan Wang Takaful. Di Malaysia, pengendali takaful boleh terdiri daripada syarikat atau koperasi yang didaftarkan melalui Akta Takaful 1984.
takaful agentejen takafulEkonomiEkonomi IslamOrang atau pihak yang diberi kuasa oleh syarikat pengendali takaful untuk mendapatkan, merundingkan atau mewujudkan kontrak takaful antara syarikat pengendali dengan peserta takaful. Syarikat pengendali takaful akan memberi balasan berbentuk komisen kepada ejen. Namun begitu, tidak semua syarikat pengendali takaful menggunakan khidmat ejen (model wakalah) sebaliknya menggunakan khidmat pegawai mereka sendiri (model mudarabah).
disk operating system (DOS)sistem pengendalian cakera (DOS)Teknologi MaklumatPerisianSistem pengendali yang pernah menguasai pasaran komputer peribadi keserasian IBM antara tahun 1981 hingga 1995. Sistem pengendali ini masih digunakan sehingga tahun 2000 walaupun tidak sepenuhnya, terutama dalam Microsoft Windows versi 95, 98 dan Me. Terdapat beberapa sistem pengendali yang berkaitan dengan DOS seperti MS-DOS, PC-DOS, DR-DOS dan FreeDOS. Kesemua jenis sistem pengendali DOS ini boleh dilaksanakan pada komputer yang menggunakan pemproses Intel x86 atau yang serasi dengannya. Sistem DOS ini merupakan sistem pengendali pengguna tunggal dengan fungsi inti yang asas. Sistem ini hanya membenarkan satu atur cara dilaksanakan pada satu masa. Inti asas dalam DOS menyediakan fungsi seperti memaparkan aksara pada skrin, membaca aksara dari papan kekunci dan mencapai fail dari pemacu. Contoh perintah DOS untuk memformat cakera pada pemacu E adalah seperti yang berikut: C> format E
bitwise operatorpengendali bitTeknologi MaklumatTiadaPengendali yang digunakan untuk mengolah bit dalam sesuatu bahasa pengaturcaraan.
facultative retakafultakaful semula fakultatifEkonomiEkonomi IslamPemindahan risiko dari syarikat pengendali takaful kepada syarikat takaful semula berdasarkan kes demi kes melalui proses pengunderaitan. Apabila syarikat pengendali takaful menerima beberapa permohonan perlindungan takaful yang melebihi had bendungan, syarikat tersebut boleh mempertimbangkan permohonan itu satu persatu sama ada untuk memindahkan sebahagian atau semua risiko tersebut kepada syarikat takaful semula. Pada masa yang sama, syarikat takaful semula berhak untuk mempertimbangkan sama ada menerima atau menolak risiko yang dicadangkan oleh pengendali takaful mengikut kes demi kes. Sekiranya kes pemindahan risiko yang dicadangkan oleh pengendali takaful diterima oleh syarikat takaful semula, maka satu akad takaful semula ditandatangani dan dinamakan sebagai takaful semula fakultatif.
shareholder''s provident fund of takaful operatingkumpulan dana pemegang saham pengendali takafulEkonomiEkonomi IslamJumlah wang yang disumbangkan oleh pemegang saham ke dalam sesebuah syarikat pengendali takaful bagi membiayai semua perbelanjaan pengurusan. Sekiranya kumpulan wang ini melebihi perbelanjaan pengurusan dalam tempoh tertentu, kumpulan wang ini boleh dilaburkan bersama-sama kumpulan wang takaful. Keuntungan pelaburan daripada kumpulan dana pemegang saham ini akan diperoleh sepenuhnya oleh syarikat pengendali dan tidak diagihkan kepada peserta.
food handlerpengendali makananMakanan dan PemakananMakananIndividu yang menyediakan, menghasilkan, menjual, mengangkut dan menyimpan makanan yang dibuka atau belum dibuka. Pengendali makanan juga mengendalikan peralatan, perkakasan atau permukaan tempat yang digunakan untuk pembuatan dan penyediaan makanan.
12345678910...

Kembali ke atas