Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngen.da.lian] | ڤڠندالين

Definisi : perihal mengendalikan (me­ngekang, menguasai, mengurus, dll); ~ harga pengawalan harga (supaya tidak dinaikkan dgn sesuka hati); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngen.da.lian] | ڤڠندالين

Definisi : perbuatan atau hal mengendalikan; pengurusan: Graf itu menunjukkan kecekapan ~ ladang dgn modal yg terbatas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendali (kata kerja)
1. Bersinonim dengan kelola: pimpin, urus, awas,

2. Bersinonim dengan tali kekang: cais, kekangan,

Kata Terbitan : mengendalikan, terkendalikan, pengendali, pengendalian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGENDALIAN LEPAS TUAIKaedahPERTANIANKonsep
KESELAMATAN PENGENDALIAN MAKANAN

Keselamatan pengendalian makanan ialah proses pengawalan dan penjagaan kebersihan makanan pada peringkat penyediaan, penyimpanan, menghidangkan makanan dan semasa makan.

PEMAKANANKaedah
PERANG AMFIBIA

Perang amfibia ialah pengendalian operasi

ketenteraan melalui tentera laut, udara, dan darat

bagi tujuan menakluk kawasan pantai. Pada

umumnya operasi amfibia dianggap sebagai bentuk

peperangan yang paling kompleks.

UMUM 
DIPLOMASI

Diplomasi ialah kaedah pengendalian

perundingan antara negara-negara. Kini

sesetengah sarjana juga menggunakan istilah ini

untuk strategi dan teknik yang digunakan oleh

sesebuah negara semasa berunding

UMUM 
PERTUBUHAN PENERBANGAN AWAM ANTARABANGSA

agensi khas yang membuat dasar dan menetapkan teknik pengendalian pesawat awam, serta membuat perancangan dan mengawasi pembangunan pengangkutan udara antarabangsa.

KEJURUTERAANInstitusi/Organisasi
AL-MUDHARABAH

Al-Mudharabah ialah prinsip syariah yang digunakan dalam pengendalian sesuatu skim pelaburan dan pembiayaan sesuatu projek atau aktiviti perniagaan. 

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
PIUTER

Piuter ialah aloi yang mengandungi

kebanyakannya timah. Ia juga mengandungi

antimoni dan tembaga. Piuter berwarna putih

metalik seakan-akan warna perak dan keemasan

yang boleh berbeza-beza daripada kusam hingga

bergilap. Ia digunakan dengan meluas untuk

membuat barang-barang seperti mangkuk, kaki

lilin dan set minuman. Piuter ialah aloi yang

lembut dan mudah kemik. Barang-barang yang

dibuat daripada piuter perlukan pengendalian

yang cermat.

UMUM 
DASAR PENSWASTAAN

Dasar Penswastaan, dasar yang melibatkan proses pemindahan perkhidmatan, pelaburan atau kepentingan kerajaan kepada pengendalian dan pengurusan sektor swasta.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANDasar
WARTA JENAKAWARTA JENAKA, akhbar mingguan terbitan Warta Malaya Press Ltd.  Akhbar ini menjadi cabang kedua kepada akhbar Warta Malaya, di samping Warta Ahad.  Ia mula diterbitkan pada 7 September 1936 dan mengandungi 30 halaman.  Akhbar ini diterbitkan selepas Warta Ahad mendapat sambutan hangat daripada masyarakat.  Pengendalian akhbar ini diketuai oleh Abdul Rahim Kajai.   Dia dibantu oleh Hashim Yunos, Ibrahim Mahmud, Ishak Haji Muhammad dan Osman Kelana.SASTERAKarya

Kembali ke atas