Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngen.da.lian] | ڤڠندالين

Definisi : perihal mengendalikan (me­ngekang, menguasai, mengurus, dll); ~ harga pengawalan harga (supaya tidak dinaikkan dgn sesuka hati); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngen.da.lian] | ڤڠندالين

Definisi : perbuatan atau hal mengendalikan; pengurusan: Graf itu menunjukkan kecekapan ~ ladang dgn modal yg terbatas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendali (kata kerja)
1. Bersinonim dengan kelola: pimpin, urus, awas,

2. Bersinonim dengan tali kekang: cais, kekangan,

Kata Terbitan : mengendalikan, terkendalikan, pengendali, pengendalian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
logical operationpengendalian logikTeknologi MaklumatTiadaPengendalian logik: Pengendalian yang membolehkan unit logik aritmetik membandingkan nombor, huruf, atau aksara khas dan mengambil tindakan pilihan.
system crashranap sistemTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKeadaan yang berlaku pada sistem pengendalian apabila suatu ralat atau konflik pada atur cara menyebabkan sistem pengendalian tidak boleh berfungsi dengan betul dan semua proses yang sedang diuruskan oleh sistem pengendalian perlu dihentikan sehingga masalah diselesaikan. Contohnya, serangan penafian layanan (DoS) boleh menyebabkan sistem pengendalian terbeban sehingga pengendalian biasa tidak boleh dijalankan.
add instructionarahan tambahTeknologi MaklumatPerisianArahan yang akan melakukan pengendalian tambah dalam ingatan atau storan sementara. Pengendalian tambah ini merupakan salah satu daripada pengendalian aritmetik asas yang melibatkan sekurang-kurangnya dua kendalian.
operational data securitykeselamatan data pengendalianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKawalan yang dikenakan oleh sistem pengendalian atau perisian untuk memastikan data yang diperlukan dalam bentuk tertentu sentiasa terlindung daripada sebarang perubahan dan pendedahan sama ada secara sengaja, tidak sengaja, atau terlarang semasa pengendalian input, pemprosesan dan output.
standard operating proceduretatacara pengendalian piawaiPengurusanPerancanganArahan kerja dan garis panduan terperinci berkenaan sesuatu tugas yang bertulis dan didokumentasikan.Tatacara pengendalian piawai menjelaskan cara sesuatu tugas perlu dilaksanakan dan tindakan yang perlu diambil menurut pendekatan yang seragam dan konsisten. Contohnya, tatacara pengendalian piawai yang perlu dipatuhi oleh setiap pegawai yang terlibat dengan urusan rawatan kecemasan pesakit luar di hospital.
accesscapaianTeknologi MaklumatPerisianPengendalian untuk mendapatkan hak mengambil dan menulis data berdasarkan alamat capaian yang diberikan. Sekiranya capaian dilakukan kepada ingatan RAM, kedua-dua pengendalian baca dan tulis boleh dilakukan. Walau bagaimanapun, jika capaian dibuat terhadap ingatan ROM, hanya pengendalian baca sahaja yang boleh dilakukan.
telephone operationpengendalian telefonPentadbiran PerniagaanTiadaPengendalian telefon yang merangkumi tatacara menerima dan membuat panggilan, pengurusan peralatan telefon dan sebagainya.
project organizationpengendalian projek; organisasi projekSosiologiTiadaPengendalian projek: Tatacara pelaksanaan projek yang dijalankan secara teratur bagi mencapai kecekapan dan kelicinan projek.
concurrent operating systemsistem pengendalian serentakTeknologi MaklumatTiadaSistem pengendalian yang membolehkan beberapa atur cara diproses serentak.
standard operating procedureprosedur pengendalian standardHerbaTiadaLihat prosedur pengendalian piawai.
12345678910...

Kembali ke atas