Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.ri.ngan] | ڤڠريڠن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) menge­ringi atau mengeringkan: ~ tanah sawah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.ri.ngan] | ڤڠريڠن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) mengering atau mengeringkan: Getah keping itu dijadikan beralur-alur atau berbunga utk mempercepat proses ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengeringan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
solar drying/sun dryingpengeringan suria/pengeringan matahariMakanan dan PemakananTeknologi MakananPengeringan bahan makanan dengan menggunakan cahaya matahari dengan meletakkan makanan di atas permukaan rata. Makanan ini dibalikkan berulang kali pada masa tertentu sehingga kering. Kaedah yang lebih canggih menggunakan pengering suria untuk mengumpul tenaga dan memanaskan udara yang digunakan untuk pengeringan. Kaedah pengeringan cahaya matahari sering digunakan untuk buah-buahan dan bijirin, tetapi mempunyai beberapa kelemahan seperti kurang kawalan pengeringan dan kadar pengeringan yang rendah.
artificial dryingpengeringan buatanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses mengeluarkan lembapan daripada kayu dengan menggunakan cara-cara selain daripada pengeringan udara. Misalnya, pengeringan tanur dan pengeringan frekunsi radio.
pengeringanpengeringanKesenianTiadaProses untuk membuang air dalam rotan dengan tujuan pengawetan dilakukan secara dijemur dengan teknik jemur rumpun, jemur sidai dan jemur sandar.
pengeringanpengeringanKesenianTiadaProses mengeringkan kayu atau hasil ukiran dengan diletakkan di tempat teduh.
critical moisture contentkandungan kelembapan kritikalFarmasiFarmaseutikSatu titik pada profil pengeringan. Jika pengeringan diteruskan melampaui titik ini, kadar pengeringan tidak lagi linear.
bin drierpengeringan bekasMakanan dan PemakananTeknologi MakananAlat yang mempunyai keupayaan yang tinggi dan digunakan terutamanya untuk melengkapkan proses pengeringan selepas pengeringan awal dalam alat pengering jenis lain. Alat ini terdiri daripada bekas silinder atau segi empat yang dipasang dengan tapak berjaring. Udara panas pada kelajuan rendah dinaikkan melalui lapisan makanan yang hendak dikeringkan.
adiabatic dryingpengeringan adiabatikKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah pengeringan apabila haba pengeringan yang diperlukan untuk menyejat wap dibekalkan secara penyentuhan fizikal dengan gas yang panas tanpa pemindahan atau kehilangan haba secara pengaliran daripada dinding alat pengering.
solar dryingpengeringan suriaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPengeringan kayu dalam tanur suria yang menggunakan tenaga cahaya matahari sebagai sumber haba. Suhu dalam tanur semasa pengeringan berjulat antara 7�C hingga 11�C melebihi suhu luar tanur. Tempoh pengeringannya lebih singkat, iaitu antara 50 peratus hingga 75 peratus, berbanding dengan tempoh pengeringan udara. Pengeringan suria mempunyai potensi untuk dimajukan terutamanya di negara tropika yang mempunyai cahaya siang yang panjang.
herbal dryingpengeringan herbaHerbaTiadaProses menyingkirkan air daripada bahan herba segar supaya kandungan airnya kurang daripada had tertentu, biasanya 10%w/w. Terdapat pelbagai kaedah pengeringan, iaitu pengeringan semula jadi, buatan, vakum dan sejuk beku.
constant drying conditionkeadaan pengeringan malarKejuruteraanKejuruteraan KimiaKeadaan pengeringan bahan yang kadar pengeringan malar terjadi, iaitu kadar lembapan yang dikeluarkan daripada pepejal atau cecair tidak berubah dengan masa.
12345678910...

Kembali ke atas