Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.ru.si] | ڤڠروسي

Definisi : 1. ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertu­buhan dll): ~ Lembaga Pengarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.ru.si] | ڤڠروسي

Definisi : 1 ketua dlm mesyuarat dll. 2 pemimpin jawatankuasa, pertubuhan dll: ~ Lembaga Pengelola. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerusi (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatan: kedudukan

2. Bersinonim dengan seliri: bangku, sofa, amben, balai,

3. Bersinonim dengan takhta: singgahsana

Kata Terbitan : mempengerusikan, pengerusi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penulisan yang betul, Persidangan Pengerusi-Pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia atau Persidangan Pengerusi-pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia? Terima kasih

Penulisan yang betul ialah Persidangan Pengerusi-pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia.

Ejaan10.03.2023
Di dalam penulisan minit mesyuarat, sekiranya dipengerusikan oleh perempuan, apakah gelaran yang harus ditulis? Adakah Puan Pengerusi atau Pengerusi sahaja. Contoh : Puan Pengerusi memaklumkan... atau Pengerusi memaklumkan

Dalam minit mesyuarat, perkataan yang digunakan ialah Pengerusi dan tidak perlu meletakkan "Tuan" atau "Puan" di hadapan perkataan "Pengerusi".

Tatabahasa19.05.2016
Salam tuan/puan, soalan saya bertarikh 20/10/14 masih belum dijawab. Salam, adakah huruf besar/kecil yang sesuai digandingkan dengan kata nama khas berikut? Apakah alasannya? 1. kelas/Kelas Tahun Lima Mawar 2. pantai/Pantai Batu Feringghi 3. pengerusi/Pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia 4.peperiksaan/Peperiksaan UPSR Terima kasih. Semoga tuan/puan dapat menjawab dengan segera kerana saya perlu membetulkan kesilapan sekiranya ada sebelum buku dicetak. Terima kasih.
1. kelas Tahun Lima Mawar

2. Pantai Batu Feringghi= Huruf P pada perkataan Pantai Batu Feringgi dieja dengan huruf besar kerana pantai dan kata nama itu hadir sebagai satu kesatuan dan  merupakan nama khas.

3. pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia

4. peperiksaan UPSR
Tatabahasa27.10.2014
Salam sejahtera, Perlukah tanda koma (,) digunakan selepas perkataan terima kasih? Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Selasih, tuan-tuan dan puan-puan. Sekian, terima kasih.Tidak perlu. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang Dihormati Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Selasih, tuan-tuan dan puan-puan. Sekian, terima kasih.Tatabahasa12.08.2015
Boleh perjelaskan mana yang betul? Dalam penulisan minit mesyuarat sekiranya Pengerusi adalah Datuk Seri Dr. Abu Bin Ahmad. Boleh ke disingkatkan sebagai YBhg. Pengerusi atau YBhg. Datuk Seri Dr. Pengerusi? Mana protokol yang betul?Dalam penulisan minit mesyuarat, hanya ditulis  YBhg. Datuk Seri Pengerusi bagi pengerusi mesyuarat seperti yang dinyatakan.Tatabahasa19.03.2013
Assalamualaikum 1. Dalam minit mesyuarat ada agenda Perutusan Pengerusi. Dalam penulisan minit mesyuarat lazimnya bahagian Perutusan Pengerusi, kandungan perutusan apabila merujuk pengerusi yang ada gelaran Dato' dan sebagainya dicatatkan sebagai YBhg. Pengerusi. Adakah amalan ini betul dari segi penulisan minit mesyuarat? 2. Jika amalan itu boleh diterima, bagaimanakah jika Pengerusi mempunyai status PhD.... Bolehkah dicatat YBhg. Dr. Pengerusi? 3. Bolehkah dicatat YBrs. Dr dengan anggapan bahawa YBrs. bermaksud Yang Berusaha. Terima kasih.Lazimnya dalam penulisan minit mesyuarat, gelaran yang digunakan ialah Pengerusi walau apapun anugerah yang diterima dan status individu tersebut.Tatabahasa23.01.2017
Muncul juara (johan) atau muncul sebagai juara; dilantik pengerusi atau dilantik sebagai pengerusi? Mohon penjelasan.Ayat yang betul ialah 'muncul sebagai juara' dan 'dilantik sebagai pengerusi'.Tatabahasa26.05.2007
1) pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2) pengerusi Persatuan Sejarah atau Pengerusi Persatuan SejarahEjaan yang betul ialah Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pengerusi Persatuan Sejarah.Ejaan06.06.2012
Selamat pagi, Apakah gelaran yang sesuai diberikan untuk pengerusi majlis? Adakah betul jika saya menggunakan 'Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis'? Atau penggunaan saudara/saudari adalah lebih tepat? Terima kasih.Ungkapan yang lazim digunakan ialah Tuan Pengerusi Majlis (untuk lelaki) dan Puan Pengerusi Majlis (untuk perempuan).Tatabahasa11.06.2013
Assalamualaikum, Dalam format baru penulisan minit mesyuarat yang diedarkan untuk sekolah; istilah untuk agenda1 telah ditukar dari 'Ucapan Pengerusi' kepada ' Perutusan Pengerusi'. 1. Adakah istilah 'perutusan' lebih tepat penggunaannya? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ' perutusan'? Terima kasih.Menurut data kami, maksud perutusan ialah ucapan orang-orang besar pada hari-hari yang penting; pesanan. Oleh itu, istilah "perutusan pengerusi" tidak sesuai digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perutusanLain-lain15.12.2015
12345678910

Kembali ke atas