Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.ru.si] | ڤڠروسي

Definisi : 1. ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertu­buhan dll): ~ Lembaga Pengarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.ru.si] | ڤڠروسي

Definisi : 1 ketua dlm mesyuarat dll. 2 pemimpin jawatankuasa, pertubuhan dll: ~ Lembaga Pengelola. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerusi (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatan: kedudukan

2. Bersinonim dengan seliri: bangku, sofa, amben, balai,

3. Bersinonim dengan takhta: singgahsana

Kata Terbitan : mempengerusikan, pengerusi,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN

KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN, konvensyen satu hari yang diadakan pada 14 Julai 1986 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Konvensyen ini dianjurkan oleh Biro Kebudayaan UMNO Malaysia  dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB). Penasihat dan pendorong konvensyen ini ialah Pengerusi Biro Kebudayaan UMNO Malaysia, Menteri Kebudayaan Malaysia pada masa itu, iaitu Y.B. Sdr. Anwar Ibrahim, sementara Pengerusi-pengerusi Bersama ialah Dr. Ibrahim Saad, mewakili UMNO Malaysia dan Prof. Datuk Ismail Hussein, mewakili badan-badan yang bekerjasama.

BAHASABahasa
DATUK BANDAR

Datuk bandar ialah gelaran kehormat yang

diberikan kepada pengerusi majlis borough

tertentu di Great Britain. Daerah-daerah kerajaan

tempatan yang telah dikurniakan status borough

oleh piagam diraja mempunyai datuk bandar.

UMUM 
S.O.K. UBAIDULLAH, TAN SRI

S.O.K. Ubaidullah, Tan Sri (1918- ) ialah

tokoh Maal Hijrah 1989 dan Pengerusi Tetap

Malaysian Indian Congress (MIC) semenjak 1

Januari 1994. Dia juga dikenali sebagai ahli

perniagaan, pendakwah, dermawan, penulis, ahli

akademik, dan ahli politik. S.O.K. Ubaidullah

berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1938

sewaktu berusia 20 tahun. Ketika itu

dia baru sahaja menamatkan pengajian di

Universiti Madras, India. Dia bekerja dengan abang

iparnya dari tahun 1939 hingga tahun 1949.

Keluarganya tinggal di Sungai Ujong, Negeri

Sembilan (kini kawasan tersebut dikenali sebagai

Seremban), dan mengambil kontrak memberi

perkhidmatan lampu pada waktu malam di bandar

tersebut. Kemudian pada penghujung tahun 1949,

dia berpindah ke Kuala Lumpur dan membuka

cawangan perniagaan keluarganya di bandar

tersebut dan memberi perkhidmatan yang sama di

sepanjang Jalan Tun Perak (dahulu dikenali sebagai

Jalan Mountbatten dan sebelumnya dikenali

sebagai Java Street).

UMUM 
SOONG CHING-LING

Soong Ching-ling (1890–1981) ialah tokoh yang

terkemuka dalam kerajaan Komunis China. Dia

berkhidmat sebagai Naib Pengerusi dalam kerajaan

dari tahun 1949 hingga tahun 1975. Soong Ching- ling bertugas sebagai

ketua pertubuhan wanita kebangsaan dan juga

Sino-Soviet Friendship Assocation (Persatuan

Persaudaraan China- Soviet) setelah Parti

Komunis berjaya bertapak di China.

Dia dianugerahi Hadiah Keamanan Stalin tahun

1925.

UMUM 
ABDUL JALIL HASSAN, TAN SRI (1914–1990),

Abdul Jalil Hassan, Tan Sri (1914-1990),

pendakwah dan pendidik Malaysia. Abdul Jalil

memberikan sumbangan penting dalam tilawah al-

Qur’an. Dia dilantik sebagai Ahli Pengerusi Jemaah

Hakim dari tahun 1965 hingga tahun 1970. Pada

tahun 1969, dia dilantik sebagai Ahli Majlis

Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan

Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun

1970, dia dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa

Fatwa Kebangsaan di bawah Majlis Raja-raja

Melayu. Abdul Jalil juga dikenali kerana

 keanggotaannya dalam badan-badan Islam

Antarabangsa. Dia dilantik sebagai Ahli Majlis

Tertinggi Rabilah Alam Islam oleh kerajaan Arab

Saudi pada tahun 1966 dan dilantik oleh kerajaan

Mesir pada tahun 1973 sebagai Ahli Majlis

Tertinggi Majma al-Buhuth al-Islamiyah.

UMUM 
SLOVO, JOE

Slovo, Joe (1926 –1995) ialah ahli politik Afrika

Selatan. Dia memainkan peranan penting dalam

perjuangan mencapai demokrasi di Afrika Selatan.

Dia menjadi Pengerusi Parti Komunis Afrika Selatan

(SACP) dan juga seorang ahli jawatankuasa

eksekutif Kongres Kebangsaan Afrika (ANC).

Apabila Nelson Mandela dilantik menjadi presiden

pada tahun 1994, dia melantik Slovo menjadi

Menteri Perumahan.

UMUM 
TACHÉ, SIR ÉTIENNE-PASCHAL

Taché, Sir Étienne-Paschal (1795–1865) ialah

negarawan Kanada. Dia pernah menjadi perdana

menteri sebanyak dua kali bagi provinsi Kanada dan

menjadi pengerusi semasa Persidangan Quebec

pada tahun 1864 yang telah membuka jalan untuk

persekutuan tanah jajahan British Amerika Utara.

Taché lahir di St. Thomas, Quebec, Kanada. Dia

adalah lulusan Quebec Seminary.

UMUM 
PROSEDUR PARLIMEN

Prosedur parlimen ialah kaedah menjalankan

mesyuarat dengan cara yang teratur. Apabila orang

mengadakan mesyuarat, mereka memerlukan

peraturan yang akan membantu mereka mencapai

matlamat mereka. Peraturan prosedur parlimen

membantu pengerusi menjaga tertib semasa

mesyuarat dan juga memberi panduan kepada para

peserta dalam menjalankan mesyuarat. Prosedur ini

dikenali sebagai prosedur parlimen kerana ia

diambil daripada peraturan dan kebiasaan yang

diamalkan oleh parlimen United Kingdom. Prosedur

parlimen juga dikenali sebagai hukum parlimen,

amalan parlimen dan peraturan tertib .

UMUM 
MUMTAZ JAAFAR

Mumtaz Jaafar (1962– ), atlet Malaysia. Dia lahir

pada tahun 1962 di Kuala Lumpur. Kerjaya awalnya

ialah pegawai bank. Dia banyak memegang jawatan

utama dalam organisasi sukan olahraga, antaranya

Naib Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia

(KOAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan

Wanita KOAM. Dia kini, menjadi jurulatih khas

untuk pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Penglibatan awal Mumtaz dalam sukan olahraga

terutamanya dalam acara lari 100 meter, 200 meter,

4 x 100 meter, dan 4 x 400 meter, bermula

dengan menyertai kejohanan-kejohanan anjuran

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS)

dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia

(MSSM). Namanya terus menyinar apabila banyak

meraih kejuaraan tempatan, antaranya juara

Kejohanan Terbuka Kebangsaan, Kejohanan Antara

Bank, dan Kejohanan MAKSAK.

UMUM 
DENG XIAOPING

Deng Xiaoping (1904-1997), pemimpin Parti Komunis China (1976-1989), Pengerusi Suruhanjaya Penasihat Parti Komunis Pusat, dan pemimpin China yang memulakan dasar buka pintu dan reformasi ekonomi yang akhirnya membawa China ke dalam sistem ekonomi antarabangsa dan pasaran bebas.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas