Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[pe.nge.sa.nan] | ڤڠسنن

Definisi : perihal atau perbuatan mengesan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
waste detectionpengesanan sisa/pengesanan buanganKejuruteraanTiadaTiada
oestrus detectionpengesanan estrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah pengesanan masa seksual pada haiwan betina. Pengesanan estrus dapat menentukan masa yang sesuai untuk pengawanan haiwan betina tersebut. Pengesanan estrus juga membolehkan kaedah pembiakan seperti permanian beradas (AI) dilakukan pada haiwan betina. Sinonim pengesanan berahi.
intrusion detection system(IDS)sistem pengesanan pencerobohan (IDS)Teknologi MaklumatTiadaSistem yang menyiasat semua aktiviti rangkaian dan mengenal pasti pola yang disyaki untuk menunjukkan bahawa rangkaian atau sistem diceroboh. Terdapat dua bentuk IDS yang lazim, iaitu pengesanan salah guna dan pengesanan anomali. Dalam pengesanan salah guna, IDS menganalisis maklumat yang dikumpul dan membandingkannya dengan pangkalan data tandatangan serangan yang besar. Secara khusus IDS mencari serangan tertentu yang telah didokumenkan. Seperti sistem pengesan virus, keberkesanan perisian pengesan salah guna ini hanyalah bergantung kepada sebaik mana pangkalan data tandatangan serangan yang ada untuk membandingkan maklumat yang dikumpul.

glucose detectionpengesanan glukosaFizikNanoteknologiPengukuran kepekatan glukosa dalam bendalir yang dilakukan secara pengesanan tak langsung pada produk daripada tindak balas glukosa oksidase. Pengesanan dapat juga dilakukan secara langsung, contohnya pengesanan menggunakan impedans elektrokimia, resonans permukaan plasmon atau karbon nanotiub.
diviningpengesananSejarahTiadaPengesanan: Perihal memuja sesuatu yang dianggap mempunyai hubungan langsung dengan tuhan.
crack detectionpengesanan retakKejuruteraanTiadaPengesanan keretakan atau kecacatan pada besi, keluli dan logam-logam bukan besi.
dowsingtilik air; pengesananSejarahTiadaPengesanan: Kaedah mengesan dalam kajian arkeologi untuk mencari bahan yang terbenam dan jumpaan yang dapat membantu pengkaji dalam analisis mereka.
radar storm detectionpengesanan ribut radarGeologiTiadaPengesanan ribut atau keadaan ribut tertentu dengan menggunakan radar.
radar storm detectionpengesanan ribut radarSainsHidrometeorologiPengesanan dan analisis dengan radar terhadap fenomena meteorologi yang menghasilkan gema radar (kawasan kerpasan jenis curahan).
12345678910...

Kembali ke atas