Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.ta.huan] | ڤڠتاهوان

Definisi : 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui: kisah serong yg dilakukan oleh Datuk ini sedikit sebanyak sampai juga ke ~ orang kampung; 2. perihal tahu, kepan­dai­an, kebijakan: biasanya orang yg ada ~ dlm ilmu sains kurang pula ~nya dlm bahasa Melayu; 3. = ilmu ~ segala yg (akan) dike­tahui atau dipelajari bkn sesuatu: telah kukuasai ~ tentang falsafah dgn mudah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.ta.huan] | ڤڠتاهوان

Definisi : 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Se­panjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Peribahasa

Sukakan kemenyan,
     dibakar.

Bermaksud :

Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK)Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPACK)Teknologi Maklumate-PembelajaranSatu kerangka kerja yang menunjukkan tiga (3) pengetahuan persilangan tabii yang perlu dikuasai oleh seseorang pengajar bagi mencapai pengajaran yang berkesan. TPACK terbentuk hasil daripada persilangan tiga (3) pengetahuan, iaitu pengetahuan teknologi (TK), pengetahuan pedadogi (PK) dan pengetahuan kandungan (CK). Selain itu, terdapat terbitan tiga (3) pengetahuan persilangan, iaitu pengetahuan teknologi pedadogi (TPK), pengetahuan teknologi kandungan (TCK), pengetahuan pedagogi kandungan (PCK).
declarative knowledgepengetahuan deklaratifPsikologiPsikologi UmumIlmu yang bersifat fakta seperti pengetahuan umum tentang dunia dan undang-undang atau peraturan logik yang digunakan untuk membuat keputusan. Pengetahuan ini juga berkait dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa, tempat dan situasi tertentu. Contohnya, pengetahuan tentang tatacara berada dalam perpustakaan.
authoritative knowledgepengetahuan autoritatifPendidikanTiadaPengetahuan yang diperoleh melalui orang yang pakar atau berkuasa dalam bidang pengetahuan tertentu.
explicit knowledgepengetahuan tersuratPengurusanPerancanganPengetahuan yang boleh dilihat, mudah disampaikan, disimpan dan disebarkan untuk rujukan dan kegunaan pihak lain. Pengetahuan tersurat termasuk maklumat yang disimpan di dalam buku, laman sesawang dan sebarang bentuk storan lain yang boleh didapati secara tampak (visual) atau lisan.
tacit knowledgepengetahuan tersiratPengurusanPerancanganPerkara-perkara yang tidak tertulis dan terucap oleh individu, namun ia tersimpan dalam diri individu tersebut. Pengetahuan tersirat boleh dijelaskan dalam bentuk emosi, ingatan, pengalaman, rangsangan deria atau gerak hati yang wujud dalam diri setiap individu. Pengetahuan ini akan timbul apabila diperlukan tanpa disedari. Kepentingan menguruskan pengetahuan tersirat dalam organisasi adalah dengan memastikan maklumat dan pengetahuan tersebut dikekalkan dalam bentuk dokumentasi atau sistem pengkomputeran. Contohnya, capaian pada soalan lazim (FAQ) dalam komputer yang menyediakan jawapan kepada pelbagai persoalan pengurusan organisasi tanpa perlu merujuk kepada individu tertentu.
knowledge engineerjurutera pengetahuanTeknologi MaklumatTiadaOrang yang membangunkan sistem pakar. Dia mendapatkan pengetahuan daripada pakar dan mengekodkannya sebagai pangkalan pengetahuan.
intuitive knowledgepengetahuan intuitifPendidikanTiadaPengetahuan yang diperoleh melalui cetusan idea secara tiba-tiba dan tanpa disedari dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
empirical knowledgepengetahuan empirikPendidikanTiadaPengetahuan yang diperoleh melalui pemerhatian, pengalaman dan penggunaan pancaindera secara saintifik dan sistematik.
rational knowledgepengetahuan rasionalPendidikanTiadaPengetahuan yang diperoleh secara taakulan.
declarative knowledgepengetahuan penyataanSains SukanBiomekanikPengetahuan mengenai butir-butir yang mencirikan sesuatu maklumat. Contohnya, undang-undang permainan ragbi akan memperincikan cara permainan ini dilakukan.
12345678910...

Kembali ke atas