Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sila berikan definisi untuk: pengetahuan pengalaman kemahiranMenurut Kamuas Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan berikut ialah:
1. Pengetahuan -1. perihal mengetahui, apa-apa yang diketahui,2. perihal tahu, kepandaian, kebijakan, 3. (ilmu) segala yang akan diketahui atau dipelajari bkn sesuatu
2. Pengalaman - apa yang dialami(dirasai, ditempuh, dll.)
3. Kemahiran - kecekapan, kepandaian,
Istilah23.09.2014
Slm, Boleh check ayat di bawah? 1) Merangkumi pengetahuan Sains yang perlu difahami oleh murid. 2)Membolehkan murid menyerap pengetahuan saintifik secara sistematik 3) Hakcipta Rasmi Terjemahan dalam BM diberi oleh Syarikat X. tq1) Merangkumi pengetahuan Sains yang perlu difahami oleh murid.
2) Membolehkan murid menyerap pengetahuan saintifik secara sistematik
3) Hak cipta terjemahan dalam bahasa Melayu diberikan oleh Syarikat X. 
Ayat 1 dan 2 tidak lengkap, tidak ada subjek dalam ayat tersebut.
Ayat 3 telah dibuat pembetulan.
Tatabahasa06.11.2015
Salam DBP, apakah perbezaan antara kata "ilmu," "pengetahuan," dan "ilmu pengetahuan"? Dan soalan kedua: apakah padanan untuk "Knowledge Management" (bidang pendidikan)? Terima kasih.1. Menurut Kamus Dewan Perdana, “ilmu” bermaksud pengetahuan atau kepandaian tentang hal yang berkaitan dengan dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain.  “Ilmu pengetahuan” pula segala yang diketahui atau dipelajari yang berkaitan dengan sesuatu. Manakala “pengetahuan” bermaksud  apa-apa yang diketahui, hal mengetahui sesuatu melalui pembelajaran, amalan harian, pengalaman dan sebagainya dan segala yang diketahui atau dipelajari berkenaan sesuatu.

2. Padanan bagi istilah knowledge management dalam bidang pendidikan ialah “pengurusan pengetahuan”.
Makna10.01.2022
Mohon jelaskan maksud 'pelajaran' dan 'pendidikan'Pelajaran bermaksud: 1. segala sesuatu yang dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yang diperoleh); 2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan); 3. yang berkaitan dengan pengajaran ilmu pengetahuan. Manakala, pendidikan bermaksud: 1. perihal mendidik: 2. ilmu pendidikan, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik; 3. didikan, latihan, ajaran.Lain-lain09.12.2016
Salam sejahtera, 1. Mereka mendapat banyak pengetahuan. 2. Mereka banyak mendapat pengetahuan. Ayat yang mana betul ?Ayat yang betul ialah 1. Mereka mendapat banyak pengetahuan.Tatabahasa24.04.2012
Apakah erti atau definisi PENGETAHUAN?Pengetahuan membawa beberapa makna iaitu, 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui 2. perihal tahu, kepandaian 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatuMakna11.08.2007
apakah maksud pengetahuan dalam erti kata ilmiah

Saudara,

Maksud pengetahuan ialah 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Se­panjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas.

Makna04.09.2010
Salam Admin. Saya ingin mengemukakan beberapa soalan tentang penggunaan kata yang betul dalam penulisan tesis. 1. Apakah perbezaan antara ilmu dan pengetahuan? Bolehkah disamaertikan? 2. Penggunaan istilah bahasa Inggeris dalam BM: a. pedagogical content knowledge, b. technological pedagogical content knowledge, c. tacit knowledge Sekian, terima kasih.1. Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4, ilmu dan pengetahuan membawa maksud yang sama.

2. Untuk soalan kedua, tidak ada dalam pangkalan data DBPI. Sungguhpun begitu, kami mencadangkan terjemahan seperti di bawah:

A. Pedagogical content knowledge - Pengetahuan kandungan pedagogi
B. Technological pedagogical content knowledge - Pengetahuan kandungan pedagogi teknologi
c. Tacit knowledge - Pengetahuan tersirat, Pengetahuan tidak formal atau Pengetahuan tasit
Penyemakan dan penterjemahan31.07.2017
1. pelajar mendapat banyak pengetahuan daripada melawat. 2. pelajar banyak mendapat pengetahuan daripada melawat. yang mana satu betul, adakah makna kedua-dua ayat berbeza?Perkataan banyak boleh berfungsi sebagai kata bilangan dan kata adjektif (sifat). Banyak yang berfungsi sebagai kata bilangan mesti hadir sebelum benda, manakala kata banyak sebagai kata adjektif berfungsi sebagai kata penguat. Kata adjektif boleh menerima kata penguat tetapi kata penguat tidak semestinya menjadi penanda kepada kata adjektif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 225 dan 287. Tatabahasa12.04.2010
1) Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan... 2) Dengan membaca, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan... Adakah ayat (1) gramatis? Terima kasih.Salam sejahtera, Pilihan pertama ialah ayat gramatis. Sekian, terima kasih.Tatabahasa23.04.2020
12345678910...

Kembali ke atas