Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.tam] | ڤڠتم

Definisi : sj pisau yg tidak berhulu (digunakan utk menuai padi), ani-ani, tuai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.tam] | ڤڠتم

Definisi : sj angkup atau penyepit, cunam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.tam] | ڤڠتم

Definisi : pisau tidak berhulu utk menuai padi; tuai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketam2
Kata Terbitan : mengetam, mengetamkan, pengetam, mengetam, pengetaman, pengetam,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MESIN PENGETAM

Mesin pengetam ialah mesin yang pernah

digunakan oleh peladang untuk menuai bijian.

Mesin pengetam yang ditarik oleh kuda

menggantikan sabit, telah digunakan oleh peladang

berabad-abad lamanya. Dengan menggunakan

mesin pengetam, peladang dapat menuai lebih

banyak hasil tanaman.

UMUM 
MENCUKUR BULU

Mencukur bulu ialah menanggalkan bulu biri-biri

atau haiwan berbulu sepertinya (lihat Bulu biri-biri).

Di kebanyakan bahagian di dunia, biri-biri

dicukur bulunya sekali setahun. Pencukur bulu cuba

menanggalkan bulu sekeping-sekeping. Kebanyakan

pencukur bulu moden menggunakan pengetam

berkuasa elektrik untuk menanggalkan bulu.

Mereka boleh melakukan kerja dengan pantas.

Seorang pencukur bulu biri-biri yang pakar boleh

mencukur bulu sehingga 200 biri-biri atau lebih

dalam masa sehari.

UMUM 
NASMYTH, JAMES

Nasmyth, James (1808–1890) ialah jurutera

Scotland yang mencipta tukul stim. Dia juga

mencipta prinsip bertindak sendiri pada reka

bentuk – perkakas mesin, iaitu tangan mekanikal

yang bergerak di sepanjang gelangsar memegang

perkakas. Dengan prinsip ini, Nasmyth mereka

mesin pengetam dan mesin pembentuk alat.

Nasmyth lahir di Edinburgh, anak

kepada seorang pelukis yang terkenal. Pada tahun

1829, dia menjadi pembantu kepada Henry

Maudslay, pereka bentuk dan pembuat perkakas.

Pada tahun 1834, Nasmyth memulakan Bridgewater

Foundry di Manchester, yang menjadi terkenal

dengan pembinaan perkakas mesin dan enjin stim.

Nasmyth mencipta tukul stim pada tahun 1839. Dia

bersara pada tahun 1856 dan menghabiskan

masanya dengan belajar astronomi.

UMUM 
TUAI

TUAI, alat memotong atau menuai padi. Tuai atau pengetam padi dikenal sebagai ‘anai-anai’ atau ‘renggam’ di Kedah, dan ‘ketaman’ di Pantai Timur. Alat ini diperbuat daripada kayu dan mata pisau. Ia mempunyai dua bahagian, iaitu badannya yang diperbuat daripada kayu dan bahagian mata tuai yang dipasang dengan mata pisau. Badannya berbentuk bulan sabit dan di bahagian tengahnya dilengkapkan dengan pemegang berbentuk bulat yang diperbuat daripada kayu. Alat ini diperbuat daripada kayu dan mata pisau.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas