Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.te.pian] | ڤڠتڤين

Definisi : perihal atau perbuatan menge­tepikan: keberanian tidak bererti ~ dan pengabaian tatasusila; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengetepian


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengetepianperihal atau perbuatan menge­tepikan: keberanian tidak bererti ~ dan pengabaian tatasusila;Kamus Dewan Edisi Keempat
tepi1. bahagian yg luar sekali (bidang dll), pinggir: ~ meja; 2. sesuatu yg dipasang di pinggir (baju, kain, dll), birai: ~ tabir; 3. tempat (kawasan) yg di pinggir: kami pergi berkelah ke ~ laut; 4. perbatasan (kota dll), sempadan di antara satu dgn lain; ~ langit perbatasan langit dgn air laut; menjaga ~ kain orang ki mengambil tahu hal orang lain; ke tepi arah ke pinggir, pergi ke pinggir; mengetepikan 1. memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan ~ kain-kain buruk yg berselerak di rumah itu; 2. tidak memen­tingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka ter­paksalah dia ~ harga dirinya; 3. tidak me­ngen­dahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya ~ idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak ~ Datuk Bendahara; 5. menge­luarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkir­kan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah ~ semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa ~ keputusan Mahkamah Tinggi; terketepi diketepikan, disisihkan: secara umum­nya, siswazah tempatan akan ~ dan ter­singkir kerana kekurangan kualiti yg dikehendaki oleh pihak swasta; pengetepian perihal atau perbuatan menge­tepikan: keberanian tidak bererti ~ dan pengabaian tatasusila; bertepi mempunyai tepi, ada tepinya: laut ini tidak ~ nampaknya; bertepikan memakai tepi (birai dll): bajunya ~ benang emas; menepi 1. pergi ke tepi, meminggir: maka ~lah saya di balik pohon nyiur bersama-sama Sayid Abu; 2. berjalan dll mengikut tepi, menyusur (pantai dll); 3. Mn terbit sedikit-sedikit (air mata); menepikan membawa ke tepi; tepian tempat mandi di tepi sungai (biasanya tohor): sekalian barang itu pun dikumpul­kannya utk dibawanya ke ~; ~ gelanggang dewan tempat diadakan kegiat­an kebudayaan sesuatu daerah; ~ ilmu orang yg banyak pengetahuannya; ~ mata tangkai hati, kekasih.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas