Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.tua] | ڤڠتوا

Definisi : 1. tua-tua (pemimpin, kepala, dll): hambalah ~nya sekalian mereka itu; ~ Maktab Perguruan; 2. Mn penghulu yg paling tua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.tua] | ڤڠتوا

Definisi : orang yg mengetuai (mengepalai), ketua; ~ maktab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.tua] | ڤڠتوا

Definisi : kepala atau ketua sesuatu maktab (kolej dll): Encik Sanusi menjadi ~ Dewan Latihan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.nge.tua] | ڤڠتوا

Definisi : orang yg mengetuai sesebuah sekolah, maktab, pusat latihan dsb: ~ Maktab Perguruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengetua


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ejaan 'pengetua dieja dengan huruf kecil, tetapi apabila diletakkan panggilan 'tuan' di hadapan perkataan pengetua, perkataan tersebut (tuan pengetua) perlu dieja menggunakan huruf kecil atau huruf besar? contoh: Tuan Pengetua / tuan pengetuaTidak timbul isu penggunaan huruf kecil atau besar kerana perkataan tuan juga merupakan perkataan umum dan bermula dengan huruf kecil (kecuali pada pangkat ayat). Perkataan tuan ditulis dengan huruf besar apabila merujuk kepada nama khas. Misalnya, Tuan Ibrahim Yatim. Begitu juga apabila dipadankan dengan pengetua. Tuan pengetua ditulis dengan huruf kecil kecuali jika merujuk kepada nama khas: Tuan Pengetua Sekolah Kebangsaan Taman Selayang.Tatabahasa29.07.2015
tuan pengetua atau puan pengetua.mana satu yang betul?Kedua-duanya boleh digunakan. Ini bergantung kepada gender pengetua tersebut. Jikalau beliau seorang lelaki hendaklah dipanggil tuan pengetua. Jikalau pengetua itu seorang wanita, eloklah danggil puan pengetua. T.kasih.Lain-lain16.08.2008
APAKAH PANGGILAN RASMI BAGI PENGETUA SEKOLAH WANITA SAMA ADA TUAN PENGETUA ATAU PUAN PENGETUA?Untuk panggilan ialah 'puan pengetua' sekiranya sudah pasti beliau ialah wanita. Jika tidak pasti, misalnya dalam penulisan, gelaran 'tuan' dicadangkan.Lain-lain05.05.2009
Jika pengetua ialah seorang perempuan, apakah panggilan yang sesuai untuk beliau dalam urusan atau majlis-majlis rasmi? Antara Puan Pengetua dan Tuan Pengetua yang manakah betul? Bagaimana dalam kes seperti mesyuarat, adakah puan pengerusi atau tuan pengerusi majlis?Jika seseorang itu telah diketahui lelaki atau perempuan, contohnya pengetua maka sapaan yang sesuai ialah Puan Pengetua, begitu juga dalam contoh, Puan Pengerusi MajlisLain-lain19.09.2007
i. Jika pengetua perempuan, apakah kata sapaan yang betul -...tuan pengetua/ tuan pengerusi (atau) puan pengetua/ puan pengerusi?Puan Pengetua atau Puan PengerusiLain-lain08.03.2007
ejaan bagi panggilan tuan pengetua(KNA atau Tuan Pengetua(KNK)? keliru juga dengan ejaan bagi jawatan tertentu seperti Penyelaras Tingkatan Enam atau penyelaras tingkatan enam,bagaimana nak bezakannya? terima kasih

Kata nama pengetua dan penyelaras tingkatan enam dianggap sebagai kata nama am. Oleh itu ejaan kedua-dua kata/kata majmuk tersebut ditulis dengan huruf kecil.

Tatabahasa22.03.2011
Saya ingin menyemak ejaan untuk bilik guru atau Bilik Guru begitu juga dengan bilik pengetua atau Bilik Pengetua? terima kasih.Bilik guru dan bilik pengetua merupakan kata nama am dan tidak perlu ditulis dengan huruf besar apabila digunakan dalam ayat.  Sekiranya perkataan tersebut dibuat sebagai penandaan dan ditampal pada pintu bilik orang tertentu,  perkataan tersebut boleh ditulis sebagai Bilik Guru dan Bilik Pengetua.Ejaan24.04.2012
JIKA PENGETUA SEKOLAH SEORANG PEREMPUAN, DI DALAM MAJLIS RASMI ADAKAH KITA MENYEBUT "YANG BERUSAHA "TUAN" PENGETUA SMK. PEKAN II KOTA BELUD, PN. LATIFAH HJ. MUSTAKIM..." ATAU "YANG BERUSAHA "PUAN" PENGETUAN SMK. PEKAN II KOTA BELUD..."? KELIRU ANTARA PUAN DAN TUAN, UNTUK DALAM UCAPAN MAJLIS RASMI. TERIMA KASIH.Jika Pengetua yang dimaksudkan itu adalah seorang perempuan, yang disarankan ialah Puan Pengetua. Bagaimanapun, jika Pengetua itu tidak diketahui jantina, sama ada perempuan atau lelaki, yang dicadangkan ialah tuan pengetua. Harap maklum.Tatabahasa29.10.2007
Pengetua menasihati pelajar-pelajar agar mereka ()mementingkan pencapaian dalam bidang akademik, () dalam bidang ko-kurikulum Asama ada....ataupun Bsungguhpun...tetapi Cbagaimana...begitulah Dbukan sahja...tetapi mana satu yang betul Terima kasih

Jawapan yang betul ialah D. bukan sahaja … tetapi

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa22.03.2022
Saya ingin bertanya, di dalam konteks Tadika swasta apakah istilah yang sesuai digunakan adakah pengetua tadika swasta?Pengetua tadika boleh digunakan.Lain-lain18.10.2023
1234567

Kembali ke atas