Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.wa.pan] | ڤڠواڤن

Definisi : proses mengewap (mengewapi, mengewapkan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.wa.pan] | ڤڠواڤن

Definisi : perbuatan (proses dll) mengewap, mengewapi atau mengewapkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengewapan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Reidel heat of vaporization correlationkorelasi haba pengewapan ReidelKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi yang menganggarkan haba pengewapan pada keadaan suhu didih normal sebagai dengan DH = haba pengewapan (unit bergantung pada R), R = pemalar gas semesta, T = suhu didih normal (K), P = tekanan (bar), subskrip R = keadaan terturun, subskrip c = keadaan kritikal.
vaporationpengewapanKimiaBiokimiaPerubahan sebatian daripada fasa cecair kepada fasa wap yang berlaku hasil pelepasan molekul dari permukaan cecair. Kadar pengewapan bergantung pada keadaan kimia sebatian dan suhu. Pada umumnya, sebatian organik yang mengewap pada suhu yang lebih rendah, mempunyai kadar pengewapan yang lebih tinggi daripada air.
Watson correlationkorelasi WatsonKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi yang meramalkan haba pengewapan pendam untuk suhu T jika haba pengewapan bahan tersebut diketahui pada suhu berlainan yang dianggarkan sebagai DH2/DH1 = [(1 � TR2)/(1 � TR1)]0.38 dengan DH = haba pengewapan pendam (J/mol), T = suhu (K), subskrip 2 = keadaan suhu diketahui, subskrip 1 = keadaan suhu diketahui, R = keadaan terturun.
adiabatic vaporisationpengewapan adiabatikFizikHabaPengewapan sesuatu cecair tanpa pertukaran haba antara cecair tersebut dengan sekitaran.
latent heat of vaporizationhaba pendam pengewapanKimiaTiadaLihat haba pengewapan.
heat of vaporisationhaba oendam pengewapanFizikHabaHaba yang diperlukan untuk mengubah satu unit jisim cecair kepada wap pada suhu dan tekanan malar. haba pengewapan.
compression coolerpendingin mampatanKejuruteraanKejuruteraan KimiaUnit pendingin yang dikendalikan berdasarkan pengewapan cecair penyejuk untuk mendinginkan sesuatu sistem atau proses. Pengewapan cecair penyejuk ini menyebabkan cecair penyejuk bertukar menjadi gas dan serentak mendinginkan sistem tersebut. Pemampat kemudian digunakan untuk memampatkan gas semula ke fasa cecair bagi proses pendinginan selanjutnya.
heat of vaporizationhaba pengewapanKimiaTiadaHaba yang diperlukan untuk menukarkan sesuatu bahan cecair kepada wap pada takat didih bahan tersebut tanpa perubahan suhu. Tenaga haba ini digunakan untuk memecahkan ikatan antara molekul cecair supaya molekul menjadi bebas untuk bergerak dalam keadaan gas. Sin. haba pendam pengewapan.
vaporizationpengewapanFizikTiadaTiada
vapourizationpengewapanFizikTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas