Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.zon.nan] | ڤڠزونن

Definisi : perbuatan (tindakan, kerja) mengezonkan sesuatu kawasan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengezonan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adakah perkataan konservasi (conservation) atau pemuliharaan? 2. Yang mana satu betul, garispanduan atau garis panduan? diusahasilkan atau diusaha hasilkan? mengenalpasti atau mengenal pasti? Apa cara terbaik tahu atau peraturan mengenai perkataan-perkataan ini? 3. Yang mana satu betul, penzonan atau pengezonan?1. Terjemahan perkataan conservation ialah pemuliharaan, tidak ada perkataan konservasi dalam bahasa Melayu. 
2. Ejaan yang betul ialah garis panduan dan mengenal pasti. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Kata majmuk dieja sebagai dua perkataan, kecuali kata majmuk yang mantap dieja sebagai satu perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu.
3. Ejaan yang betul ialah pengezonan.
Tatabahasa13.04.2012
Salam, mohon bantuan semakan bagi ayat iklan seperti di lampiran. Terima Kasih di atas bantuan pihak Tuan. AHMAD FAUZI ISHAK Pegawai Penerangan Majlis Perbandaran Selayang 03-6126 5800 / 012-29847271. Buang perkataan "Bagi Tujuan". Terus kepada Draf Rancangan.....
2. Tukar GunaTanah kepada Guna Tanah
3. Tukar Zoning kepada Pengezonan
4. Tukar daripada kepada dari 13 Mac...
5. Selaraskan tarikh kepada 13 Mac 2017 hingga 14 April 2017
6. Tukar kepada dialamatkan
7. Tukar kepada Tel.: (letak titik) dan E-mel:
Penyemakan dan penterjemahan03.03.2017

Kembali ke atas