Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ga.bu.ngan] | ڤڠݢابوڠن

Definisi : perihal atau perbuatan menggabungkan (supaya menjadi satu ikatan atau perkumpulan yg besar): mesyuarat ~ badan-badan kesenian telah diadakan di Kuala Lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ga.bu.ngan] | ڤڠݢابوڠن

Definisi : perbuatan menggabungkan: Mesyuarat mengenai ~ syarikat kerjasama itu telah berlangsung kelmarin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggabungan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya dapati terdapat perbezaan penggunaan perkataan pencantuman dan penggabungan. Bagaimanakah penggunaan ini boleh digunakan dalam konteks yang berbeza. Misalnya dalam undang-undang Suruhanjaya Penerbangan, perkataan merger ditafsirkan sebagai pencantuman bukan penggabungan. sebaliknya penggunaan terma penggabungan dilihat lebih menepati maksud merger. Malah media juga menggunakan perkataan penggabungan bukan pencatuman. Contohnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah membenarkan cadangan (penggabungan atau pencatuman) bagi Syarikat Telekomunikasi Celcom dan Digi.Menurut Kamus Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, pencantuman bermaksud perbuatan atau proses mencantumkan. Contoh ayat, Pencantuman syarikat bertujuan untuk menyusun semula struktur modal dan hak milik syarikat berkenaan dan Pencantuman secara kimia telah digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan gabungan kayu dan plastik. Manakala penggabungan bermaksud proses atau perbuatan menggabungkan sesuatu. Contoh ayat, Penggabungan negeri-negeri di Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak dan Langkah penggabungan bank dan institusi kewangan. Berdasarkan maksud, kedua-dua perkataan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun, jika dilihat contoh ayat, perkataan pencantuman bersifat lebih umum, iaitu bukan sekadar proses mencantumkan institusi atau negeri, tetapi mencantumkan sesuatu seperti mencantumkan pokok dan mencantumkan kayu dan plastik dan sebagainya. Sedangkan penggabungan pula bersifat lebih khusus, iaitu hanya merujuk kepada institusi seperti negeri, syarikat dan yang seumpamanya.Makna07.10.2021
Maksud tajuk ' Integrasi Menurut Pandangan Islam'.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat integrasi bermaksud penggabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lainl.) menjadi satu kesatuan, penyatuan. Integrasi menurut Islam pula merujuk kepada penggabungan mengikut pandangan dan lunas-lunas Islam iaitu, Al-Quran, Sunah, Ijmak Ulama dan lain-lain.Makna11.10.2015
maksud integrasi ekonomi dan integrasi sukan Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat integrasi bermaksud penggabungan dua atau beberapa kaum (unsur,bahagian,dll.) menjadi satu kesatuan, penyatuan. Ekonomi bermaksud 1.ilmu berkenaan pengeluaran,pengagihan,penggunaan barang 2.istem pengendalian sumber kekayaan. Sukan bermaksud segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga. Oleh itu kata di atas bermaksud penyatuan /penggabungan ekonomi atau sukan.  Makna28.01.2008
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggabungan bahasa Inggeris. Contoh : internalnya. Perlukah diletakkan sengkang 'internal-nya' atau 'internalnya'? Jika internalnya, tanpa sengkang, haruskah diitalikkan internal sahaja? Begitu juga dengan perkataan arab yang berimbuhan? Diitalikkan kata asingnya sahaja? Sekian, terima kasih.

Padanan untuk kata bahasa Inggeris ‘internal’ ialah ‘dalaman”. Peraturan bahasa Melayu tidak membenarkan perkataan bahasa Melayu digabungkan dengan perkataan bahasa lain, kecuali perkataan asing tersebut telah diserap dalam bahasa Melayu dan melalui proses pembentukan istilah bahasa Melayu. Kata pinjaman harus dieja miring (italik) dalam bahasa Melayu.

Penyemakan dan penterjemahan17.01.2015
Daripada perkataan "kaji", terbit perkataan "mengaji" hasil daripada penggabungan antara kata dasar "kaji" dengan awalan me-, dan huruf pertama k dalam perkataan "kaji" berubah menjadi ng. Saya memahami pembentukan kata terbitan "mengaji". Apa yang tidak saya fahami ialah mengapakah wujud bentuk "mengkaji"? Adakah ini suatu kekecualian dalam tatabahasa? Pada pengetahuan saya, apabila huruf k bergabung dengan awalan me-, huruf k itu pasti berubah menjadi ng, kecuali kata yang dipinjam daripada bahasa lain. Minta tuan jelaskan keadaan ini.Apabila awalan meN- digabungkan dengan perkataan kaji, huruf pertamanya tidak berubah untuk membentuk perkataan “mengkaji”. Hal ini berlaku kerana terdapat perkataan “mengaji” yang membawa maksud yang berbeza.Tatabahasa23.12.2014
MAKSUD PERKATAAN 'PERPADUAN'Makna perkataan ini ialah penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll). Untuk mengetahui makna, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna12.02.2009
Bolehkah dua kata sendi nama bergabung?Tidak ada contoh penggabungan kata sendi dalam sumber rujukan kami.Tatabahasa02.12.2010
salam, apakah faktor kesalahan pengguna atau penulis yang sering kali melakukan kesalahan dalam penggabungan kata majmuk rangkaian bebas iaitu 'kenalpasti" yang sepatutnya dijarakkan? jelaskan.Antara faktor yg menyebabkan berlakunya kesalahan penggunaan tatabahasa ialah ketiadaan seseorang dalam ilmu bahasa khususnya dalam bidang tetabahasa. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan menguasai bidang tersebut terlebih dahulu. T.kasih.Lain-lain03.10.2016
Mohd Yassin Mohd Yunus SEL 10.21 PTG CADANG ISTILAH Mungkin perlu juga digunakan sistem penggabungan dua perkataan untuk membentuk istilah baharu. Ini bagi menjadikan korpus perbendaharaan lebih sesuai dengan arus zaman. Contoh: 1. 'charging' = isirus; [isi] + [arus] Istilah 'cas' atau 'mengecas' dalam Bahasa Melayu bukan tidak ada. Cuma, maksudnya jauh dari yang selalu orang gunakan (menahan kaki orang berjalan/berlari dgn kaki sendiri supaya orang itu jatuh). 2. 'boarding' = naikapal; [naik] + [kapal] 'Boarding' atau 'board' dalam maksud sebenar Bahasa Melayu, selain "berasrama", "papan", "naik" dan "barisan", tidak mempunyai semantik yang cukup mendalam bagi maksud ayat "menaiki kapal". Dan memandangkan kapal adalah satu-satunya jenis kenderaan yang seseorang boleh 'board'/'boarding', maka mengapa tidak digabungkan saja, supaya penutur Bahasa Melayu tidak pula terkeliru dengan menggunakan perkataan tersebut untuk kenderaan lainnya. Contoh ayat: "Kamil mengisirus telefon bimbitnya di surau lapangan terbang, sebelum dia menaikapal." Saya ada beberapa cadangan istilah lain yang saya simpan bagi memperkaya lagi perbendaharaan kata bangsa kita. Saya senaraikan sebahagiannya: 1. 'tesat' ([temu] + [sesat]), yang bermaksud menemukan sesuatu dalam keadaan sesat (biasanya pengajaran/pelajaran). Tamsil guna: "Jaidi tesat di Kuala Lumpur, bahawa kebahagiaan yang dicarinya, ada di kampung halaman." 2. 'pedata' ([pesan] +[dalam] + [talian]), yaKami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan cadangan pembentukan istilah baharu yang tuan cadangkan. Perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka yang terlibat dengan projek pembentukan istilah.Istilah17.10.2017
apakah maksud integrasi,transformasi,persepsi,stereotiep,survivor....saya perlukan sekarang juga tolong..............

Integrasi bermaksud penggabungan atau pergabungan  dua atau beberapa kaum (unsur,, bahagian,dll)menjadi satu kesatuan.

Transformasi bermaksud perubahan bentuk(sifat,rupa, keadaan dll)

Persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran, tanggapan.

Stereotaip bermaksud tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri yang baru atau asli.

Survivor bermaksud yang terselamat.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Inggeris Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.    

Makna28.01.2008
123

Kembali ke atas