Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ga.bu.ngan] | ڤڠݢابوڠن

Definisi : perihal atau perbuatan menggabungkan (supaya menjadi satu ikatan atau perkumpulan yg besar): mesyuarat ~ badan-badan kesenian telah diadakan di Kuala Lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ga.bu.ngan] | ڤڠݢابوڠن

Definisi : perbuatan menggabungkan: Mesyuarat mengenai ~ syarikat kerjasama itu telah berlangsung kelmarin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggabungan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
receptor bindingpenggabungan reseptorFarmasiFarmakologiPenggabungan antara molekul drug dengan reseptor yang merupakan proses permulaan dalam menghasilkan kesan drug. Sesuatu drug hanya akan bergabung dengan reseptor yang khusus baginya sahaja. Penggabungan boleh berlaku secara berbalik atau tidak berbalik. Kekuatan kesan yang terhasil daripada gabungan ini bergantung pada kepekatan drug, kepekatan dan kepekaan reseptor.
annexationpenggabungan paksaSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan sesebuah negara untuk menggabungkan sesuatu daerah atau wilayah negara lain atau wilayah tanpa tuan sebagai wilayah negaranya. Dalam konteks hubungan antarabangsa, tindakan penggabungan haruslah berlaku secara formal dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Tindakan penggabungan ini biasanya dibuat berasaskan alasan pertalian persaudaraan serumpun, sejarah perhubungan politik, kebudayaan, kedudukan yang strategik dan kepentingan ekonomi. Contohnya, penggabungan beberapa wilayah Jerman oleh Belanda selepas tamatnya Perang Dunia Kedua (1939 - 1945). Sinonim pemilikan paksa.
columnar recombinationpenggabungan semula turusKejuruteraanTiadaPenggabungan semula ion sebelum meninggalkan jejak laluan selepas pengionan di sepanjang turus berlaku.
recombinationpenggabungan semulaFizikAtom dan NuklearProses peneutralan suatu pasangan ion. Contohnya, penggabungan elektron dan lohong dalam bahan semikonduktor.
conjugatekonjugatPerubatanTiadaHasil penggabungan dua unsur kimia seperti penggabungan bilirubin dengan glukoronida.
synthesissintesisKesusasteraanTiadaPenggabungan pelbagai unsur untuk menjadikannya satu kesatuan yang kompleks. Dalam penulisan kreatif, sintesis merujuk kepada penggabungan pelbagai unsur seperti bahasa, pengalaman, imaginasi, dan nilai untuk menjadikannya satu kesatuan. Dalam kritikan sastera, sintesis bermaksud kajian yang dibuat ke atas kepelbagaian unsur dalam karya, dan hubung kait antaranya. Sintesis berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �meletakkan bersama�.
vertical integrationintegrasi menegakPengurusanPerancanganSalah satu strategi penggabungan institusi perniagaan melalui tindakan memperoleh organisasi lain di peringkat aktiviti operasi yang sama bagi membentuk entiti yang baharu. Aktiviti organisasi yang sama boleh berlaku di peringkat pengeluaran atau pengedaran. Contohnya, penggabungan dengan organisasi lain di peringkat pengeluaran untuk mendapatkan bahan mentah, manakala penggabungan dengan organisasi lain di peringkat pengedaran untuk melancarkan agihan produk kepada pengguna. Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengawal pengagihan produk kepada pengguna dengan lebih efisien. Lihat juga integrasi mendatar, integrasi ke hadapan, integrasi ke belakang.
megamergerspenggabungan megaKomunikasiKorporatProses mencantumkan operasi dua atau lebih syarikat yang mempunyai kelompok perniagaan atau kepentingan perniagaan yang sama. Ciri utama percantuman itu adalah menstruktur semula pengurusan kewangan, sumber manusia, rangkaian operasi, dan logistik. Matlamat utama adalah untuk memaksimumkan keuntungan dan mewujudkan keberkesanan kos. Dalam komunikasi korporat, bidang yang terlibat dalam aktiviti ini ialah bidang perbankan dan telekomunikasi (penyiaran, media cetak, dan teknologi komunikasi maklumat). Dari segi pemasaran dan publisiti, pendekatan ini memudahkan dan menguntungkan syarikat kecil yang terlibat dalam penggabungan mega tersebut. Selain itu, pendekatan ini boleh mengurangkan risiko dan menjamin pengekalan operasi.
integration strategystrategi integrasiPengurusanPerancanganStrategi yang boleh menghasilkan kelebihan dalam persaingan melalui konsep penyatuan atau penggabungan. Terdapat dua kategori strategi integrasi, iaitu integrasi mendatar dan integrasi menegak. Integrasi mendatar berlaku apabila organisasi meningkatkan penguasaan melalui pesaing, menggunakan kaedah pengambilalihan dan penggabungan. Integrasi menegak berlaku apabila organisasi terlibat secara langsung dalam kegiatan pembekalan bahan mentah (contohnya, mengambil alih syarikat pembekal) atau pengedaran (contohnya, mengambil alih syarikat pengedar). Lihat juga integrasi ke belakang, integrasi ke hadapan, integrasi menegak, integrasi mendatar.
affiliationpenggabungan; gabungan; afiliasiLinguistikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas