APA MAKNA PAM PENGGALAK? | Saudara, Perkataan pam penggalak atau 'booster pump' bermaksud pam yang merangsang atau menggiatkan sesuatu proses dan dalam konteks ini proses pengepaman. | Makna | 21.10.2009 |
Selamat Petang, Saya dari syarikat pengiklanan kini sedang membuat iklan TV untuk klien kami. Saya ingin membuat semakan untuk penggunaan istilah "Cetane Booster". Jika disemakan dalam Carian Kata, istilah yang diterjemahkan adalah "Penggalak Setana". Soalan saya, bolehkah kami mengekalkan istilah ini dalam Bahasa Inggeris tanpa perlu diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia untuk penggunaan iklan dalam TV? Sebabnya, ia adalah istilah yang tidak biasa didengari oleh orang awam dan akan keluar di dalam TV nasional seluruh negara. Disertakan bersama ini lampiran rujukan "storyboard" untuk pihak DBP. Mohon kelulusan pihak DBP untuk kebenaran menggunakan istilah ini dalam iklan TV kami. Terima kasih, Lidia Romli | Terjemahan istilah bagi Cetane Booster ialah Penggalak Cetana. Jika Istilah ini telah didfatarkan tuan/puan boleh menggunakannya di iklan televisyen. Sekiranya tidak didaftarkan tuan/puan perlu menterjemahkan dalam bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa. | Makna | 08.11.2016 |
Cogan kata PINTAR Foundation adalah "Promoting Intelligence, Nurturing Talent & Advocating Responsibility" di dalam bahasa inggeris. Jika diterjemahkan kepada bahasa melayu, perkataan "promoting" kami terjemahkan kepada "menggalakkan". Ada perkataan lain yang bersesuaian supaya makna inggerisnya tidak tersasar? | Dalam data kami, promoting diterjemahkan kepada menggalakkan/penggalak dan juga wadah (medium). Puan boleh menggunakan terjemahan yang sesuai dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.02.2015 |
Apakah perkataan bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan "Levers" seperti di dalam ayat berikut: Identification of Levers That Enable Their Excellence | Dalam pangkalan data DBP, padanan bahasa Melayu untuk "lever" ialah tuil atau tuas. "Lever" boleh juga bermaksud sebagai pendesak atau penggalak, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 02.12.2016 |
Adakah perkataan 'promotor' dalam bahasa melayu? adakah perkataan ini bermaksud 'promoter' dalam bahasa inggeris? apakah perkataan yg sesuai digunakan untuk merujuk kepada promoter? | Untuk makluman, perkataan "promotor" terdapat dalam istilah bidang Biologi yang bermaksud otot protraktor, iaitu otot yang sebahagiannya memanjang keluar daripada badan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "promoter" bermaksud 1. orang atau pihak yang menganjurkan atau membiayai sesebuah kegiatan, mis acara sukan, penganjur; 2. orang yang berusaha memperkenalkan dan menggalakkan penjualan sesuatu barangan. Istilah bahasa Melayu yang lain untuk "promoter" ialah penggalak. | Istilah | 18.04.2014 |