Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ubat bedil dlm persumbuan meriam lama (senapang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg menggalakkan (memberi semangat, mendorong): raja-raja menjadi penaung, ~ dan peminat bahasa dan kesusasteraan; ~ akar bahan kimia utk membanyakkan akar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 orang yg menggalakkan (memberi semangat atau dorongan); pendorong: Kakaknyalah yg menjadi ~ baginya utk mencapai cita-citanya. 2 bahan kimia, ubat dll yg dpt meninggikan hasil, mempercepat percambahan dll: Mereka menggunakan bahan ~ utk menambah pengeluaran susu getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggalak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APA MAKNA PAM PENGGALAK?

Saudara,

Perkataan pam penggalak atau 'booster pump' bermaksud pam yang merangsang atau menggiatkan sesuatu proses dan dalam konteks ini proses pengepaman.  

Makna21.10.2009
Selamat Petang, Saya dari syarikat pengiklanan kini sedang membuat iklan TV untuk klien kami. Saya ingin membuat semakan untuk penggunaan istilah "Cetane Booster". Jika disemakan dalam Carian Kata, istilah yang diterjemahkan adalah "Penggalak Setana". Soalan saya, bolehkah kami mengekalkan istilah ini dalam Bahasa Inggeris tanpa perlu diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia untuk penggunaan iklan dalam TV? Sebabnya, ia adalah istilah yang tidak biasa didengari oleh orang awam dan akan keluar di dalam TV nasional seluruh negara. Disertakan bersama ini lampiran rujukan "storyboard" untuk pihak DBP. Mohon kelulusan pihak DBP untuk kebenaran menggunakan istilah ini dalam iklan TV kami. Terima kasih, Lidia RomliTerjemahan istilah bagi Cetane Booster ialah Penggalak Cetana. Jika Istilah ini telah didfatarkan tuan/puan boleh menggunakannya di iklan televisyen. Sekiranya tidak didaftarkan tuan/puan perlu menterjemahkan dalam bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa.Makna08.11.2016
Cogan kata PINTAR Foundation adalah "Promoting Intelligence, Nurturing Talent & Advocating Responsibility" di dalam bahasa inggeris. Jika diterjemahkan kepada bahasa melayu, perkataan "promoting" kami terjemahkan kepada "menggalakkan". Ada perkataan lain yang bersesuaian supaya makna inggerisnya tidak tersasar?Dalam data kami, promoting diterjemahkan kepada menggalakkan/penggalak dan juga wadah (medium). Puan boleh menggunakan terjemahan yang sesuai dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan27.02.2015
Apakah perkataan bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan "Levers" seperti di dalam ayat berikut: Identification of Levers That Enable Their ExcellenceDalam pangkalan data DBP, padanan bahasa Melayu untuk "lever" ialah tuil atau tuas.  "Lever"  boleh juga bermaksud sebagai pendesak atau penggalak,  bergantung pada konsep dan konteks penggunaan.Istilah02.12.2016
Adakah perkataan 'promotor' dalam bahasa melayu? adakah perkataan ini bermaksud 'promoter' dalam bahasa inggeris? apakah perkataan yg sesuai digunakan untuk merujuk kepada promoter?Untuk makluman, perkataan "promotor" terdapat dalam istilah bidang Biologi yang bermaksudĀ otot protraktor, iaitu otot yang sebahagiannya memanjang keluar daripada badan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "promoter" bermaksudĀ 1. orang atau pihak yang menganjurkan atau membiayai sesebuah kegiatan, mis acara sukan, penganjur; 2. orang yang berusaha memĀ­perkenalkan dan menggalakkan penjualan sesuatu barangan. Istilah bahasa Melayu yang lain untuk "promoter" ialah penggalak.Istilah18.04.2014

Kembali ke atas