Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ubat bedil dlm persumbuan meriam lama (senapang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg menggalakkan (memberi semangat, mendorong): raja-raja menjadi penaung, ~ dan peminat bahasa dan kesusasteraan; ~ akar bahan kimia utk membanyakkan akar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 orang yg menggalakkan (memberi semangat atau dorongan); pendorong: Kakaknyalah yg menjadi ~ baginya utk mencapai cita-citanya. 2 bahan kimia, ubat dll yg dpt meninggikan hasil, mempercepat percambahan dll: Mereka menggunakan bahan ~ utk menambah pengeluaran susu getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggalak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
structural catalyst promoterpenggalak mangkin berstrukturKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenggalak mangkin yang bertindak secara kimia dengan menukar atau mempengaruhi kandungan kimia mangkin melalui tindakan dwifungsi kecacatan kekisi atau struktur elektroniknya. Kesan penggalak ini diperhatikan melalui perubahan tenaga keaktifan berkesan dan juga isoterma penjerapan.
textural catalyst promoterpenggalak mangkin berteksturKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenggalak mangkin yang bertindak secara fizikal, seperti penambahan bahan lengai ke dalam sistem mangkin untuk mengurangkan masalah persinteran dan memisahkan atom mangkin daripada bersentuhan antara satu sama lain. Ia juga mencegah kehilangan keluasan mangkin yang aktif semasa khidmatnya. Contoh penggalak mangkin bertekstur ialah penambahan alumina ke dalam sistem mangkin besi yang digunakan dalam sistem ammonia.
boosterpenggalakTeknikElektrikPeranti yang menaikkan voltan sesuatu talian kepada nilai yang dikehendaki setelah mengalami susut voltan yang disebabkan oleh penghantaran tenaga elektrik yang jauh. Bagi bekalan arus ulang-alik, penggalak yang biasa digunakan ialah pengubah penggalak atau set pengimbang bagi bekalan arus terus.
core enhancerpenggalak terasBiologiGenetikJujukan terpulihara yang terdapat di dalam penggalak.
catalyst promoterpenggalak mangkinKimiaTiadaBahan yang meningkatkan keaktifan mangkin, tetapi tidak bertindak sebagai mangkin. Misalnya, aluminium oksida dan kalium oksida bertindak sebagai penggalak mangkin ferum dalam tindak balas hidrogen dan nitrogen untuk membentuk ammonia.
predisposing factorfaktor penggalakPertanianAgronomi

Faktor yang menyebabkan kekurangan daya tahan tumbuhan terhadap serangan penyakit. Faktor tersebut termasuk kekurangan nutrien dan air serta kecederaan pada tumbuhan yang mendedahkannya kepada jangkitan kulat dan serangga perosak. Keadaan air yang bertakung juga merupakan faktor penggalak yang menyebabkan akar tanaman mudah diserang kulat dan serangga perosak. Contohnya, faktor penggalak bagi penyakit akar perang yang disebabkan oleh kulat Ganoderma pseudoferreum pada koko, kopi dan getah ialah keadaan tanah yang lembap.

boosterpenggalakFizikTiadaTiada
boosterpenggalakKomunikasi MassaTiadaTiada
boosterpenggalakGeologiTiadaTiada
boosterpenggalakKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas