Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ga.la.kan]/[peng.ga.la/.kan] | ڤڠݢالقن

Definisi : perihal atau perbuatan menggalakkan: mereka membincangkan ~ industri kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggalakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ejaan yang betul, 'penggalakkan' atau 'penggalakan'?Ejaan yang betul ialah penggalakan, kata galak menerima apitan peN-...-an (bukan peN-...-kan), terhasillah penggalakan.Ejaan09.04.2014
Bagaimanakah untuk mengetahui penggunaan ejaan yang betul jika menggunakan 2 k dalam ayat-ayat contoh: dimasukkan, memasukkan menggalakkan dan sebagainayaDalam proses pembentukan kata,semua kata dasar yang menerima apitan peN-...-an atau ke-...-an akan membentuk kata nama terbitan contohnya penggalakan dan kebanyakan manakala kata dasar yang menerima apitan meN-...-kan dan di-...-kan akan membentuk kata kerja terbitan contohnya menggalakkan dan dimasakkan.Tatabahasa13.12.2011
Tuan, saya Noor Hayati Talib Setiausaha majalah sekolah dari KTE Sultan Sallehuddin. Saya ingin bertanyakan tentang pertandingan majalah sekolah sama ada masih diteruskan atau tidak. Semoga tuan dapat memberikan pencerahan akan hal ini. sekian terima kasih.Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya pertanyaan saudara melalui portal Khidmat Nasihat DBP pada 22 Februari 2023 dirujuk.

Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melaksanakan pelbagai program penggalakan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam negara.  Antaranya termasuklah Hadiah Suar Bahasa dan Anugerah Citra Majalah yang pernah dilaksanakan oleh DBP Wilayah Utara. 

Walau bagaimanapun pada tahun ini tiada perancangan untuk melaksanakan pertandingan tersebut. Saudara boleh mendapatkan maklumat pertandingan-pertandingan lain yang dilaksanakan oleh DBP melalui media sosial rasmi DBP (Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok DBPMalaysia) dari semasa ke semasa. 

Sekian, terima kasih.
Pengembangan22.02.2023
Sejahtera dan selamat pagi! semasa saya membuka kamus Melayu-Inggeris dan juga "google translate" saya merasa kecewa dan sedih melihat bahasa Melayu. Setiap bahasa memiliki kata sapaannya yg tersendiri, seperti bahasa Inggeris menyebut "Hello!", bahasa Cina menyebut "Nihao!", bahasa Tamil menyebut "Vanakkam!" dan sebagainya. Tapi alangkah sygnya bahasa Melayu tidak ada. Bahasa Melayu meminjam daripada bahasa Inggeris utk perkataan "helo". Apa salahnya memadankan perkataan yg lebih bersifat Melayu spt "Sejahtera!", "Damai!", "Amboi!', "Ampun!", "Tabik!", "Sana!", "Salam!" dan sebagainya? banyak kali saya menasihati, tapi tidak ada pernah didengari. Memang bagi kita, hal itu kecil tetapi bagi anak-anak bangsa kita akan datang pasti mereka tidak merasa bangga dgn leluhur mereka kerana sikap kita yg terlalu menginggeriskan bahasa Melayu sekarang. Maaf sekadar menasihati dan semoga ianya dpt membuka mata kita semua dan semoga bahasa kita terpelihara keasliaannya. Sekian, terima kasih!Syabas atas keprihatinan tuan. Pelbagai promosi penggalakan penggunaan bahasa kebangsaan telah diadakan sejak sekian lama, namun hasilnya belum boleh dibanggakan kerana tahap kepedualian masyarakat terhadap usaha pemerkasaan bahasa kebangsaan bukanlah pada tahap yang tinggi. Semoga usaha berterusan ini dapat menarik minat dan keprihatinan masyarakat untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan.Lain-lain13.02.2017
Assalamamualaikum... Saya mempunyai satu soalan untuk dikemukakan kepada pihak DBP, berkenaan polisi baru pihak kerajaan dalam Sistem Pendidikan yang baru digubal beberapa waktu lalu. Pembelajaran Sains dan Matematik yang kembali diajar semula dalam Bahasa Melayu menjadi kelegaan kepada banyak pihak terutama bagi yang memang selesa dan menjiwai bahasa Malayu itu sendiri. Bagi menyediakan prasarana itu,adakah pihak DBP mempunyai projek-projek terbaru untuk merialisasikan cita-cita kerajaan untuk memanggil semula minat pelajar-pelajar yang telah pudar dalam Sains dan Matematik? Bagi pandangn saya, DBP punya peranan yang sangat besar sebesar peranan Baitul Hikmah yang wujud tatkala zaman Kerajaan Abbasiah suatu ketika dahulu, yang mana, ia menjadi perpustakaan terbesar menempatkan sumber ilmu tak mengira bidang, dan yang lebih mengujakan, kebanyakan buku tersebut adalah dalam bahasa ibunda,iaitu bahasa Arab.... Adakah pihak DBP juga dalam perancangan kearah itu, atau hanya tertumpu kepada bidang kesasteraan Melayu semata? saya warga Malaysia yang punya harapan yang sangat tinggi terhadap DBP agar ia wujud menjadi badan yang bisa meyuntik penawar kepada tahapan ilmu dan kecintaan ilmu di kalangan rakyat Malaysia yang masih dalam kategori rendah dibaningkan dengan negara-negara membangun yang lain. Sekian.

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu lebih kepada pedagogi pendidikan yang ditagani oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam hal ini DBP tetap meneruskan fungsi dan peranannya dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu yang dilaksanakan melalui pelbagai kegiatan di sektor awam dan swasta. DBP akan mengemaskinikan dan menerbitkan lebih banyak buku dan istilah yang berkaitan seperti istilah Sains, Matematik dan Teknologi. Selain itu, kegiatan penggalakan dan pengembangan bahasa Melayu akan dipertingkatkan dan diperluas.

Lain-lain16.07.2009

Kembali ke atas