Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ga.lian] | ڤڠݢالين

Definisi : perihal (perbuatan, kerja, dsb) menggali: ~ kesan-kesan lama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggalian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, frasa “strategi penggalian parit" atau "strategi menggali parit" barulah betul? Saya tak dapat membezakan perbezaan kedua-dua bentuk ini. Tolong berikan penjelasan tentang kedua-dua bentuk frasa ini.Kedua-dua frasa ini betul. Yang membezakannya ialah bagaimana ia digunakan dalam konteks ayat.
Penggalian menunjukkan satu proses menggali
menggali ialah perbuatan menggali sesuatu.
"Strategi Penggalian parit" boleh digunakan sebagai tajuk  rencana atau akhbar atau sebuah kata nama khas.  Contoh:  Kerajaan telah melancarkan strategi penggalian parit yang paling baik di dunia.
"Strategi menggali parit" digunakan dalam ayat yang menunjukkan perbuatan. Contoh: Ketua kampung itu sedang menerangkan strategi menggali parit yang paling berkesan kepada anak-anak buahnya.
Tatabahasa11.05.2014
Assalamualaikum, saya ingin membuat pertanyaan untuk bertanyakan apakah terjemahan yang tepat untuk "land disturbing activitiy means any project development that is subject to Section 34A Environmental Quality Act 1974 that involves activities such as clearing of trees or vegetation, excavating, raising or sloping of ground, trenching, grading and blasting" saya mengunakan terjemahan seperti berikut: "aktiviti gangguan tanah," merujuk kepada sebarang projek pembangunan yang tertakluk kepada Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 seperti penebangan pokok atau tumbuhan, memindahkan tanah, bahan batuan atau bahan-bahan lain, perubahan kepada ketinggian dan kecerunan tanah, penggalian, kerja-kerja melibatkan perubahan kecerunan dan letupan"Ayat yang lebih sesuai bagi terjemahan yang diberikan ialah "Aktiviti gangguan tanah merujuk sebarang projek pembangunan yang tertakluk bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang melibatkan aktiviti seperti penebangan pokok atau tumbuh-tumbuhan, penggalian, menaikkan atau mencerunkan tanah, parit, penggredan dan letupan."Makna26.07.2023

Kembali ke atas