Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ga.lian] | ڤڠݢالين

Definisi : perihal (perbuatan, kerja, dsb) menggali: ~ kesan-kesan lama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggalian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
control-pitlubang kawalanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPetak kawalan yang digunakan untuk mengawal dan membandingkan dengan petak penggalian yang lain. Penggalian di petak kawalan ini dilakukan sehingga mencapai lapisan mandul atau lapisan yang terdalam sekali daripada keseluruhan tapak penyelidikan.
exhumationekshumasi; penggalian kuburPerubatanTiadaPenggalian atau pengeluaran mayat selepas dikebumikan.
cross-sectionkeratan rentasArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTeknik lukisan secara rentas yang menggabungkan petak penggalian dan digunakan untuk membandingkan antara satu sama lain. Perbandingan melibatkan aspek stratigrafi tanah, permukaan tanah dan lapisan spit yang sama antara petak penggalian. Teknik ini penting untuk mengesahkan sesebuah tapak penggalian sama ada in-situ atau terganggu.
datum linegarisan datumArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTeknik garisan yang bertindak sebagai pengukur piawai berdasarkan titik datum. Tujuannya untuk mengawal kedalaman petak penggalian agar sama antara satu petak dengan petak yang lain kerana permukaan tanah yang mungkin tidak sekata. Garisan datum juga dikenali sebagai garis kedua. Garis datum akan mengikut arus permukaan tanah, iaitu semakin tinggi permukaan tanah garis datum akan semakin rendah garis datum atau sebaliknya. Garis pertama pada petak penggalian, iaitu paling bawah adalah untuk mengawal lurus dinding petak penggalian. Kedalaman petak penggalian ditentukan setelah selisih pengiraan antara garis datum dengan garis pertama ditentukan.
box systemsistem petakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSalah satu sistem yang digunakan dalam ekskavasi. Sistem ini memisahkan antara satu petak dengan petak penggalian lain, dengan batas atau permatang. Setiap dinding petak penggalian tidak digali sepenuhnya, melainkan diberikan ruang antara 20 sentimeter � 30 sentimeter pada setiap dindingnya. Kelebihan sistem ini adalah memberi ruang kepada petugas untuk melalui tapak tanpa memasuki petak dan memudahkan pengangkutan tanah dari petak penggalian. Kelemahannya adalah tidak dapat memberikan gambaran jelas susunan stratigrafi tanah dan kemungikinan data yang telah berharga berada di kawasan batas atau permatang tersebut.
spitspitArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLapisan penggalian yang dilakukan secara bertahap dari atas ke bawah. Spit merujuk kepada susunan budaya berdasarkan taburan artifak dan ekofak. Spit juga dapat digunakan untuk menentukan sama ada petak penggalian terganggu atau in-situ. Kedalaman setiap spit berdasarkan ukuran tertentu, seperti 10 sentimeter dan 20 sentimeter yang diambil dari titik datum.
pegpancangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKayu bersaiz 2 sentimeter x 2 sentimeter dan panjangnya 50 sentimeter diletakkan pada empat penjuru petak penggalian. Tujuannya untuk menandakan kawasan penggalian dan kayu ini diikat dengan tali pertama dan kedua. Alat ini dicat dengan warna hitam-putih atau merah-putih dengan jarak 10 sentimeter setiap satu dengan 20 sentimeter ditanam ke dalam tanah.
grid framerangka gridArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSaiz rangka kayu yang sama ukurannya dengan petak penggalian sebenar. Pada rangsa tersebut jarak tertentu seperti 10 sentimeter, 20 sentimeter, 30 sentimeter dan 40 sentimeter akan dibuat. Kemudian, sekeliling rangka tersebut akan dilintangkan dengan benang sehingga membentuk grid kecil. Rangka kayu digunakan untuk mendapatkan kedudukan artifak yang tepat serta memudahkan lakaran fitur dibuat. Kaedah ini digunakan apabila petak penggalian terlalu dalam. Bacaan diambil menggunakan batu ladung yang diikat benang dan dimasukkan ke dalam petak penggalian.
vertical face excavationekskavasi permukaan tegakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiEkskavasi yang dilakukan secara menegak. Proses ini dibahagikan kepada dua kaedah, pertama, penggalian dari permukaan hingga ke tanah mandul. Petak yang lain digali berpandukan kedalaman petak sebelumnya. Kedua, penggalian dilakukan dengan kaedah yang sama tetapi terdapat pemisah (permatang) antara petak. Pemisah ini turut digali hingga menjadi bentuk parit yang memanjang. Kaedah ini digunakan untuk melihat taburan artifak dan susunan stratigrafi tapak. Sinonim gali cari permukaan tegak.
burrowingpenggalianSains MarinTiadaAktiviti organisma marin yang melakukan aktiviti menggali atau mengorek ke dalam sedimen. Lihat juga organisma penggali.
1234

Kembali ke atas