Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gan.tian] | ڤڠݢنتين

Definisi : perihal atau perbuatan mengganti(kan): mereka merundingkan perkara ~ Ketua Kampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gan.tian] | ڤڠݢنتين

Definisi : perbuatan mengganti atau menggantikan: Dlm abad ke-19, ~ utk menaiki takhta sentiasa berjalan dgn tidak aman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggantian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara pergantian dan penggantian?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pergantian bermaksud pertukaran, peralihan, perubahan (kepada sesuatu yang lain). Contoh ayat ialah Di kawasan Khatulistiwa, pergantian malam dan siang ialah suatu kejadian alam yang berlaku pada setiap hari. Penggantian pula bermaksud perihal atau perbuatan mengganti(kan). Contoh ayat ialah Proses penggantian tayar kereta yang sudah rosak menjadi rumit jika kekurangan peralatan.

Lain-lain27.09.2021
salam..apakah pengertian bahawa bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi dan ingin pengertian penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda pengguguran yang terdapat dalam penanda wacana.

Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi ialah bahasa yang digunakan dalam semua bentuk komunikasi, iaitu komunikasi lisan dan komunikasi tulisan. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa komunikasi juga berperanan sebagai bahasa perpaduan yang digunakan oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. 

Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda penghubung dapat dikategorikan kepada empat jenis,iaitu penghubung tambahan, penghubung tentangan, penghubung musabab dan penghubung tempoh.

Penanda penggantian ialah perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama.penanda wacana jenis ini terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, atau klausa.

Penanda pengguguran atau elipsis ialah pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyayakan dalam ayat sebelumnya.

Sebagai bacaan dan rujukan tambahan sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525.        

Tatabahasa28.04.2008
istilah bagi "succession planning", "coaching" dan "mentoring"

Padanan bagi istilah tersebut ialah:

1. Succession planning - perancangan penggantian

2. coaching - bimbingan (pendidikan, pentadbiran) dan tunjuk ajar atau latih (sukan)

3. mentoring - pementoran

Istilah23.02.2011
Mel Ahmad Bagaimana tentang tanda sempang - dengan 90-an, hamba-NyaPenggunaan sempang i. kata ulang contoh anak-anak, ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris,iii. memperjelaskan ungkapan,iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, contoh hamba-Mu, pro-Malaysia, v. merangkaikan ke dengan angka, contoh, ke-125, ke-2000. vi. hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau istilah contoh alat pandang-dengar. Tanda sempang (-) juga digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan. Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) seperti yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea atau mengganti perkataan hingga seperti Jun - September.Ejaan09.01.2017
apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'pindaan' dalam istilah undang-undang?Pindaan dalam istilah undang-undang bermaksud perubahan yang dibuat terhadap dokumen undang-undang dengan pelbagai cara, sama ada dengan penukaran, penggantian, pengguguran, atau penambahan. Tujuannya supaya sesuatu undang-undang itu menjadi lebih ketat, menyeluruh dan sesuai dengan keperluan semasa.Makna17.03.2008
mengenal pasti atau mengenalpasti. horamat menghormati atau hormat-menghormati. terangkan sedikit tentang penggunaan tanda sempang.Penggunaan sempang i. kata ulang cth. anak-anak,ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris,iii. memperjelaskan ungkapan,iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, cnth. hamba-Mu, pro-Malaysia,v. merangkaikan ke dgn angka, cnth., ke-125, ke-2000. vi. hbgn. antara kata-kata pd rangkai kata setara tertentu atau istilah. cnth. alat pandang-dengar. Terima kasih.Lain-lain19.11.2006
Terjemahan untuk: Emoticon Assalam, Boleh saya ketahui mengapakah perkataan 'emoticon' diterjemahkan sebagai 'emotikon' dan bukannya 'emosikon' (gabungan emosi + ikon)?Wassalam,

Emotikon diterjemahkan daripada perkataan "emoticon" yang berasal daripada perkataan emotional icon. Perubahan hanya berlaku dengan penggantian huruf [C] kepada [K] apabila diterjemah dalam bahasa Melayu.
Penyemakan dan penterjemahan28.11.2017
Sila senaraikan penanda wacana yang betul dan tepat. Terima kasih.

Dalam Bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya lima jenis penanda wacana. Antaranya, penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran.  Malahan, tambahan pula, di samping itu, tetapi, sebaliknya, namun, maka, walau bagaimanapun antara contoh penggunaan penanda wacana yang betul dan tepat. Untuk memudahkan saudari/saudara sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlmn. 525).

Tatabahasa02.08.2012
apakah perbezaan nahu bebas konteks dan nahu peka konteks? dan siapakah yang tergolong dalam penulisan sintaksis-wacana berkenaan nahu di atas?

Secara umumnya nahu bebas konteks boleh difahami dengan melihat hukum-hukum pengeluaran berkepalakan satu unsur/frasa sahaja (yakni penggantian unsur tidak bergantung kepada unsur ditepinya), manakala nahu peka bahasa boleh difahami dengan melihat contoh yang berikut: makan <benda> := makan <makanan>; dan minum <benda> := minum air | minum <minuman bergas> | minum <minuman panas> <o susu>. Untuk maklumat lanjut rujuk buku linguistik antaranya karya Chomsky.

Tatabahasa09.08.2010
Salam, Adakah 'Antaranya', 'Contohnya', 'Akibatnya', 'Sebenarnya' termasuk dalam penanda wacana? Terima kasih.Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525.  Kesemua perkataan yang puan kemukakan bukan penanda wacana.Tatabahasa19.08.2014
1234

Kembali ke atas