Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ge.mar] | ڤڠݢمر

Definisi : orang yg menggemari, peminat: memang sudah biasa majalah itu menyiarkan gambar dan kisah ~-~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ge.mar] | ڤڠݢمر

Definisi : orang yg menggemari: Dia ~ lagu-lagu Melayu asli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggemar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nama saya Farouk Azim dan saya seorang penggemar bahasa yang berminat tentang bahasa-bahasa Orang Asli. Merujuk kepada artikel bertajuk "Orang Asli voices may go silent as languages face extinction" yang menyatakan JAKOA bersama DBP telah dan masih membuat kajian untuk bahasa-bahasa Orang Asli untuk menghasilkan kamus daripada hasil kajian tersebut, saya ingin mengetahui jika saya boleh mendapat apa-apa kemaskini status atau laporan tentang kajian tersebut? Di samping itu, saya ingin mengetahui jika ada apa-apa usaha lain untuk mendokumentasikan bahasa-bahasa Orang Asli menggunakan media seperti rakaman audio dan video supaya lebih mudah untuk seseorang mempelajari bahasa-bahasa Orang Asli? Saya berharap pihak DBP dapat memberikan jawapan kepada soalan-soalan saya.
Assalamualaikum wbt tuan yang dihormati,
 
DBP bekerjasama dengan KPM termasuklah pihak JAKOA bagi menjayakan Program UNESCO: Melestarikan Bahasa Sukuan dan Bahasa Daerah. Program ini melibatkan pengumpulan data lapangan dan pengesahan data entri untuk penerbitan Daftar Kata. Pihak kami juga sedang usahakan medan audio di dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendokumentasikan entri bahasa sukuan dan bahasa daerah tersebut. Berikut merupakan senarai projek UNESCO bahasa orang Asli yang sedang kami usahakan untuk tahun 2020, antaranya:
i)     Daftar Kata Bahasa Semai / ii)    Daftar Kata Bahasa Jedek/Jahai / iii)   Daftar Kata Bahasa Kanaq
    
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi:               
Nor Azianti binti Abd Aziz,
Bahagian Peristilahan dan Leksikologi,
Tel.:  03 2147 9158
Lain-lain23.01.2020
Assalaamualaikum tuan. Apakah istilah yang sesuai dalam Bahasa Melayu bagi perkataan "unboxing"? Saya beberapa kali terjumpa penggemar buku di Instagram menggunakan perkataan "nyahbungkus". Adakah betul? Terima kasih tuan.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

unboxing - buka kotak


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain25.05.2021
Adakah perkataan "pecinta" dan "percinta" wujud dalam BM? Jika wujud, bolehkah berikan ayat contoh untuk kedua-dua perkataan tersebut.Terima kasih.Untuk makluman, kedua-dua perkataan tersebut tidak terdapat dalam pembentukan kata. Yang ada, pencinta yang bermaksud orang yang sangat suka (akan); penggemar.Istilah06.11.2015

Kembali ke atas