Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.giat] | ڤڠݢيات

Definisi : pihak (bahan, orang, jentera, dsb) yg menggiatkan sesuatu; penggerak: tokoh dan ~ teater berkumpul utk membincangkan kegiatan teater tanah air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggiat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
S.E.A WRITE AWARDAnugerah yang diberikan oleh kerajaan Thailand kepada penggiat sastera Asia Tenggara.SASTERAAnugerah/Hadiah
ANUGERAH SENI NEGARA

Anugerah Seni Negara ialah penghargaan dan penghormatan untuk seniman dan penggiat seni.

KESENIANAnugerah/Hadiah
S.M. ARDAN

S.M. ARDAN (1932 -      ), penulis dan penggiat drama Indonesia.  Dia lahir pada 2 Februari 1932 di Medan, Sumatera Utara, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Sahmardan.  S.M. Ardan mendapat pendidikan Sekolah Rakyat pada tahun 1948, Sekolah Menengah Pertama (SMP) pada tahun 1951 dan Sekolah Menengah Atas (SMA) pada tahun 1954, di Taman Siswa Jakarta.

SASTERATokoh
JURNAL PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA

JURNAL PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA,  jurnal  terbitan persatuan ahli bahasa dan penggiat bahasa Melayu di Malaysia.  Jurnal ini terbit kali pertama pada tahun 1983.  sidang Editornya terdiri daripada Prof. Dr. Nik Safiah Karim selaku Ketua Editor, Dr. Abd. Aziz Idris selaku Editor  dan Prof. Dr. Farid M. Onn serta Awang Sariyan selaku Editor Pelaksana.

BAHASAKarya
ANUGERAH SENI NEGARA

ANUGERAH SENI NEGARA,  penghargaan dan penghormatan yang dikurniakan oleh kerajaan Malaysia kepada seniman dan penggiat seni yang telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi dalam bidang muzik, tarian, lakonan dan seni tampak.

BUDAYAKonsep
JOHAN JAAFAR

JOHAN JAAFAR (1953-   ) penulis drama dan penggiat teater. Dia lahir pada 9 November 1953 di Sungai Balang, Muar, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Inggeris di Semerah, Batu Pahat, Johor.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas