Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.go.da.man] | ڤڠݢودمن

Definisi : (Komp) perbuatan atau tindakan menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain utk mencuri data dan maklumat sulit dsb: ~ laman web oleh pihak yg tidak bertanggungjawab; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.go.da.man] | ڤڠݢودمن

Definisi : perbuatan atau tindakan menggodam sistem komputer orang lain: ~ laman web oleh pihak yg tidak bertanggungjawab mestilah dihentikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggodaman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hacking runset penggodamanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSesi pencerobohan dan penggodaman yang dilakukan ke atas sesebuah sasaran atau beberapa sasaran yang berterusan untuk suatu tempoh yang lebih lama dari tempoh penggodaman biasa.
hackingpenggodamanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerbuatan menyerang prasarana pengkomputeran suatu sasaran dengan tujuan mengganggu pengendalian biasa. Perbuatan ini biasanya dilakukan oleh pengguna hasad seperti perekah, penggodam, penceroboh dan sebagainya,
account hackingpenggodaman akaunKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah siber yang melibatkan tindakan menceroboh dan mengeksploitasi akaun orang atau organisasi lain, bertujuan untuk mendapatkan keuntungan secara tidak sah. Tindakan ini termasuklah perbuatan menghapuskan dan mencuri maklumat akaun serta mencegah pemilik akaun tersebut daripada mengakses akaunnya sendiri.
TTY watcherpengamat TTYTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian penggodaman yang membenarkan sesiapa sahaja memerhatikan kandungan skrin dan seterusnya merampas kawalan pada sebarang terminal atau komputer luar.
cyber hacktivismaktivisme godam siberTeknologi MaklumatTiadaTindakan penggodaman ruang siber yang bermotif politik atau sosial yang biasanya dituju kepada sistem komputer atau laman web kerajaan atau organisasi.
hacktivismaktiviti penggodamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerbuatan menggunakan teknik penggodaman untuk menyerang prasarana pengkomputeran suatu sasaran. Perbuatan ini bertujuan untuk mengganggu operasi biasa tetapi tidak merosakkan sistem perisian atau merosakkan data dengan teruk. Aktiviti ini difikirkan boleh menarik perhatian masyarakat terhadap pendapat dan pandangan ahli godam yang mungkin kerap kali tidak diendahkan dan dipedulikan oleh sesebuah organisasi, industri atau badan kerajaan.
hacktivistahli godamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerIndividu yang menggunakan teknik penggodaman untuk menyerang suatu sistem komputer sasaran sebagai tindak balas kepada sesuatu keadaan semasa, seperti keadaan politik atau masyarakat dan media massa terhadap pandangannya berkenaan keadaan atau kejadian tersebut.
phone-hacker (phracker)penggodam fon (fraker)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerPengguna hasad yang menyalahgunakan prasarana rangkaian telefon dengan kemahiran penggodaman komputer. Lihat juga pemfrik.
superzapsuperzapTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Perisian utiliti sumber terbuka yang digunakan melihat kandungan fail dalam bentuk ASCII, EBCDIC atau HEX. 2. Kaedah penggodaman, iaitu pengguna hasad akan menggunakan perisian penyunting HEX untuk mengekstrak kekunci atau nombor siri daripada suatu perisian, ataupun membuat perubahan terlarang terhadap data dalam suatu perisian tanpa perlu melalui ciri perlindungan perisian tersebut.
cybercrimejenayah siberTeknologi MaklumatTiadaKegiatan jenayah yang dilakukan dengan menggunakan komputer dan Internet seperti penipuan, pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain.
12

Kembali ke atas