Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gu.ba.han] | ڤڠݢوبهن

Definisi : perbuatan (usaha dsb) menggubah: kita harus meninjau sejarah perkembangan sains moden serta dasar-dasar ~ falsafahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggubahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan, Saya ingin pengesahan bentuk ejaan/bentuk kata bagi perkataan-perkataan di bawah. Yang mana satu yang betul: 1. Pengubahan wang haram; ATAU 2. Penggubahan wang haram. Sekian, terima kasih.Ejaan dan frasa yang betul ialah "Pengubahan Wang Haram", daripada kata ubah - mengubah - pengubahan.Tatabahasa17.07.2015
Assalamualaikum tuan/puan. Saya mengucapkan terimakasih atas jawapan tuan/puan terhadap bentuk ejaan "pengubahan wang haram". Berdasarkan jawapan yang tuan/puan berikan kepada saya, saya mengandaikan bahawa tuan/puan menyatakan kata dasar bagi perkataan ini ialah "ubah". Yang menjadi kemusykilan saya ialah, mengapakah kata dasarnya ialah "ubah" dan bukannya "gubah". Hal ini demikian kerana frasa "pengubahan wang haram" ini saya yakin dalam bahasa Inggerisnya ialah "money laundering" dan bukannya "money changing". Saya sangat berbesar hati jika tuan/puan dapat memberikan justifikasi sebab "ubah wang haram" yang tepat, dan bukannya "gubah wang haram". Terima kasih.Kami berpendapat pengubahan wang haram betul. Akar kata ubah menjadi mengubah dan menerbitkan pula kata pengubahan yang bermaksud perihal menukarkan sesuatu kepada sesuatu yang lain. Penggubahan daripada kata gubah menjadi menggubah, iaitu mengatur atau menyusun bunga untuk perhiasan. Dalam konteks ini kata pengubahan paling tepat digunakan. Dalam data kami kata juga launder bermaksud melaburkan wang haram, maka money laundering boleh diterjemahkan kepada pelaburan wang haram.Tatabahasa23.07.2015

Kembali ke atas