Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gu.ba.lan] | ڤڠݢوبلن

Definisi : perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggubal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gu.ba.lan] | ڤڠݢوبلن

Definisi : perbuatan atau hal menggubal undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggubalan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah ayat ini betul? "Tempoh masa diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan mencukupi."

Puan Norasyikin, ayat yang betul ialah sama ada gunakan tempoh atau masa sahaja.

"Tempoh yang diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan adalah mencukupi."

" Masa yang diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan adalah mencukupi."

Makna24.02.2010
APAKAH PERKATAAN YANG SESUAI UNTUK MENUNJUKKAN PERBUATAN TIDAK AKUR DENGAN SESUATU ARAHAN? CTH: LAPORAN KETIDAKAKURAN/KETAKURAN ARAHAN PENGGUBALANLAPORAN KETIDAKAKURAN ARAHAN PENGGUBALANIstilah10.10.2014
Salam, saya merupakan salah seorang urusetia dalam jawatankuasa penggubalan peraturan. Saya ingin bertanya, bolehkah kami menggunakan perkataan 'hazard' dalam bahasa melayu? Perhatian dan kerjasama tuan/puan amat dihargai. sekian, terima kasihUntuk makluman, "hazard" ialah perkataan bahasa Inggeris dan tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "hazard", iaitu bahaya, bencana, halangan dan mudarat. Sila pilih perkataan yang sesuai dengan konteks penggunaan.Istilah17.08.2016
Tambah Azalina, menerusi sesi tersebut, terdapat tiga persoalan utama yang dikemukakan kepada peserta untuk tujuan perbincangan adalah sama ada Malaysia memerlukan pemansuhan perundangan sedia ada dan penggubalan akta baharu. Adakah terdapat kesalahan dalam ayat di atas? Terutamanya penggunaan perkataan adalah

Cadangan penggunaan yang betul ialah “Tambah Azalina, menerusi sesi tersebut, terdapat tiga persoalan utama yang dikemukakan kepada peserta untuk perbincangan sama ada Malaysia memerlukan pemansuhan perundangan yang sedia ada atau penggubalan akta baharu”.

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA),

ii)Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264.

Tatabahasa21.11.2023
Saya mengalami kebuntuan untuk padanan nama aktiviti sukan untuk "surfing" dan "skating". Saya dapati kedua-duanya bermaksud "luncur/meluncur". Walaupun begitu penggubalan berkenaan dengannya memerlukan perbezaan padanan bahasa antara kedua-dua perkataan tersebut. Mohon khidmat nasihat tuan/puan.Betul, "surfing" dan "skating" keduan-duanya bermaksud luncur kerana konsep perbuatannya sama, iaitu meluncur. Namun, pengguna boleh membezakan penggunaan kedua-dua kata tersebut mengikut terjemahan istilah yang berkaitan dan konteks penggunaannya, "surfing" ialah luncur air (laut), manakala "skating" ialah luncur ais.Istilah24.02.2023
apakah kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam text tersebut? Penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial (MPKS) yang berperanan mengiktiraf, mendaftar dan mengawal selia amalan kerja sosial di negara ini dicadangkan untuk dimasukkan dalam penggubalan draf Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial (PKS). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata MPKS akan bertindak sebagai medium untuk membincangkan cadangan penambahbaikan latihan dan program pembangunan profesional berterusan bukan hanya dalam kalangan penjawat awam, tetapi juga kepada mereka yang terlibat dalam kerja sosial di sektor swasta termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Ini akan membantu melancarkan jaringan kerjasama dalam penyampaian perkhidmatan yang profesional, perkongsian amalan terbaik dan menyokong profesion menerusi rangkaian badan profesion lain termasuklah pada peringkat antarabangsa," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.Untuk membantu tuan membuat semakan berkenaan tatabahasa yang betul, puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) atau menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM).Tatabahasa05.05.2024
Assalamualaikum... Pihak kami terlibat dalam siri bengkel untuk membuat soalan bagi dimuatnaik dalam bank soalan. Buat masa sekarang istilah yang digunakan bagi setiap peringkat ialah: Pembangunan soalan (mencipta soalan) --> Pemurnian soalan (memurnikan soalan yang dibangunkan) --> Pengesahan soalan (meluluskan soalan yang dimurnikan) --> Penjanaan soalan (menghasilkan set soalan mengikut Jadual Spesifikasi Ujian/Jadual penentu ujian) Ada pihak yang mencadangkan bagi pembangunan soalan, istilah yang sepatutnya digunakan ialah pembinaan soalan. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik pihak tuan untuk menjelaskan sebenarnya untuk proses mencipta soalan apakah istilah yang paling sesuai digunakan. Adakah pembangunan soalan, pembinaan soalan, atau penggubalan soalan. Terima kasih atas maklum balas.Pembangunan sama maksudnya dengan pembinaan, iaitu hal membuat sesuatu. Penggubalan pula bermaksud hal membuat atau menyusun undang-undang dan sebagainya (termasuklah soalan). Berdasarkan makna yang terdapat dalam kamus, ketiga-tiga perkataan ini boleh digunakan, namun dalam data korpus kata penggubalan lebih kerap digunakan jika dibandingkan dengan pembinaan dan pembangunan soalan/kurikulum.Tatabahasa24.03.2015
Kenapa "wireless" diterjemah sebagai "wayarles" dan bukan "nirwayar"? Apa pendekatan DBP dalam mengutamakan kata serapan berbanding kata terjemah?Penggunaan istilah wayarles atau tanpa wayar bagi kata Inggeris wireless telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Penggubalan/Pembentukan Istilah yang terdiri daripada pakar dalam bidang Teknologi Maklumat, Komunikasi, Fizik dan Kejuruteraan bersama-sama dengan pakar bahasa. Perkataan wayarles atau tanpa wayar telah lama diterima dalam bahasa Melayu dan penggunaannya telah mantap berbanding kata nirwayar atau nirkawat oleh pengguna bahasa di negara ini.Istilah27.08.2023
Apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan organisasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Adakah: 1. Program Kesihatan Pergigian (sedia ada) 2. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian 3. Program Pergigian Program berperanan sebagai agensi utama untuk; 1. Menentukan, membangun serta mengkaji semula dasar kesihatan pergigian 2. Menerajui penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang serta peraturan berkaitan amalan kesihatan Pergigian Negara 3. Menerajui pengendalian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian termasuk merancang, mengatur, melaksana, memantau dan menilai penjagaan kesihatan pergigian 4. Menerajui pengendalian Aktiviti Promosi Kesihatan Pergigian.Frasa yang sesuai ialah 2. Program Perkhidmatan Kesihatan PergigianLain-lain10.01.2018
salam..terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih diatas jawapan yang telah di berikan..saya ingin bertanya apakah pendapat tentang bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan?

Puan Norshila terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Bahasa Melayu sudah terbukti menjadi bahasa ilmu melalui penggubalan pelbagai istilah dalam pelbagai bidang cabang ilmu. Bahasa Melayu juga terbukti sebagai bahasa ilmu apabila kebanyakan penerbitan baik dalam bentuk buku, makalah dan banyak lagi penerbitan telah menterjemahkan ilmu dalam pelbagai bidang- pemindahan ilmu - ke dalam bahasa Melayu.

Melalui perpaduan kaum pula tidak perlu diperjelaskan kerana perkara ini telahpun termaktub dalam  Perlembagaan Malaysia Perkara 152 yang menjelakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini. Terima kasih

Makna03.09.2009
12

Kembali ke atas