Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gu.ba.lan] | ڤڠݢوبلن

Definisi : perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggubal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gu.ba.lan] | ڤڠݢوبلن

Definisi : perbuatan atau hal menggubal undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggubalan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
policy makingpenggubalan dasarPentadbiranTiadaTiada
policy makingpenggubalan dasarPerhutananTiadaTiada
policy making processproses penggubalan dasarPentadbiranPentadbiran Awam

Proses merangka garis panduan dan rancangan pemerintah yang dibuat oleh kabinet dan disahkan di parlimen untuk sesuatu matlamat. Proses ini biasanya bermula dengan tuntutan dari orang ramai atau kesedaran kerajaan terhadap sesuatu kepentingan sama ada dari aspek sosial, budaya, ekonomi, keselamatan mahupun kesejahteraan, kesan dari tuntutan semasa.

public affairshal ehwal awamPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara-perkara yang melibatkan kepentingan, keselesaan dan kebajikan masyarakat umum. Hal ehwal awam menjadi agenda penting pemerintahan kerajaan dalam melaksanakan pentadbiran dan pembangunan negara. Penggubalan dasar-dasar negara biasanya bertitik tolak daripada hal ehwal awam, contohnya penggubalan Dasar Sosial Negara adalah kesan daripada masalah sosial yang kian menular sejak kebelakangan ini. Oleh itu, dasar ini memberikan penekanan khusus kepada kesejahteraan masyarakat secara holistik.

administrative legislationperundangan pentadbiranSains PolitikTiadaPenggubalan undang-undang tentang bidang pelaksanaan dasar.
depoliticizationpenyahpolitikanSains PolitikPolitik PerbandinganProses meminimumkan pengaruh politik secara berperingkat dalam sesuatu urusan, penggubalan keputusan atau pentadbiran. Proses ini dilakukan untuk mewujudkan situasi pentadbiran yang bersifat telus dan adil. Dalam sistem demokrasi, proses ini berlaku melalui pembentukan konsep pemisahan kuasa antara eksekutif, kehakiman dan perundangan. Pemisahan ini dilakukan untuk memastikan wujudnya proses semak dan imbang antara ketiga-tiga badan tersebut. Unsur seperti berkecuali atau meritokrasi dalam bidang pentadbiran pula merupakan elemen yang bersifat penyahpolitikan. Contohnya, pengenalan meritokrasi dalam pemilihan calon ke universitimerupakan penyahpolitikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi di Malaysia.
constitutional assemblymajlis perlembagaanSejarahTiadaBadan yang berhubung dengan hal-hal perlembagaan seperti tafsiran, pembentukan, penggubalan dan pindaan yang ditubuhkan untuk membentuk sistem pemerintahan berpelembagaan.
rural planningperancangan luar bandarSosiologiTiadaMengenal pasti dan menganalisis masalah dan potensi sesuatu kawasan luar bandar bagi penggubalan strategi, dasar, dan program pembangunan.
regional planningperancangan wilayahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaMengenal pasti serta menganalisis masalah dan potensi sesuatu kawasan yang luas bagi penggubalan strategi, dasar, dan program.
pressure groupkumpulan pendesakPentadbiranPentadbiran Awam

Pertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan kelompok tertentu bagi mempengaruhi proses penggubalan dasar kerajaan. Kumpulan ini akan melakukan apa sahaja tindakan sama ada secara formal atau tidak formal untuk mencapai hasrat dan matlamat mereka. Kelompok ini tidak terlibat dalam proses pembentukan kerajaan tetapi mempunyai kepentingannya sendiri dan bergerak untuk memelihara kepentingan tersebut. Secara keseluruhannya, pergerakan kumpulan ini untuk kepentingan awam namun, secara khusus adalah untuk memelihara kepentingan tertentu seperti kebersihan alam sekitar, bahasa, kebajikan buruh, pengguna, pelajar, wanita, anak seni, kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan melalui pelbagai cara seperti melobi, menulis surat atau memorandum kepada pihak berkuasa, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, mengadakan demonstrasi dan pelbagai program kempen dan poster. Contoh kumpulan pendesak di Malaysia ialah Kongres Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

1234

Kembali ke atas