Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gu.gu.ran] | ڤڠݢوݢورن

Definisi : perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggugurkan: ~ kata ‘dari’ pd ayat contoh membuat ayat tersebut menjadi tidak gramatis; ~ tuntutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gu.gu.ran] | ڤڠݢوݢورن

Definisi : perihal atau perbuatan menggugurkan: ~ huruf p pd awal perkataan itu adalah mengikut peraturan yg ditetapkan. ~ hak atau tuntutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengguguran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
" Merempit tidak mendatangkan apa-apa faedah" ayat tersebut mengalami proses pengguguran jenis apa

Contoh ayat yang diberi mengalami pengguguran kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama - Kata Nama (Inti) + Penerang. Kata nama ini boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Buku Tatabahasa Dewan, halaman 560, menerangkan hal ini dalam tajuk Proses Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Contoh yang diberi ialah: Bersenam boleh menyihatkan badan (asalnya - Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. 

Tatabahasa26.05.2011
Ayat " Merempit tidak mendatangkan apa-apa faedah" Ayat tersebut mengalami proses pengguguran FN sbg subjek atau FN yang berfungsi sebagai inti dalam FN.ApakahTQVM

Contoh ayat yang diberi mengalami pengguguran kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama - Kata Nama (Inti) + Penerang. Kata nama ini boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Buku Tatabahasa Dewan, halaman 560, menerangkan hal ini dalam tajuk Proses Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Contoh yang diberi ialah: Bersenam boleh menyihatkan badan (asalnya - Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. 

Tatabahasa29.05.2011
salam..apakah pengertian bahawa bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi dan ingin pengertian penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda pengguguran yang terdapat dalam penanda wacana.

Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi ialah bahasa yang digunakan dalam semua bentuk komunikasi, iaitu komunikasi lisan dan komunikasi tulisan. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa komunikasi juga berperanan sebagai bahasa perpaduan yang digunakan oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. 

Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda penghubung dapat dikategorikan kepada empat jenis,iaitu penghubung tambahan, penghubung tentangan, penghubung musabab dan penghubung tempoh.

Penanda penggantian ialah perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama.penanda wacana jenis ini terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, atau klausa.

Penanda pengguguran atau elipsis ialah pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyayakan dalam ayat sebelumnya.

Sebagai bacaan dan rujukan tambahan sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525.        

Tatabahasa28.04.2008
bagaimana penggunaan yang betul untuk 3 noktah (...) Ia seringkali digunakan dalam penulisan kreatifElipsis (tiga titik) bermaksud berlaku pengguguran kata dalam teks atau ada teks lain selain yang ditulis.Ejaan17.03.2014
KAMI KE ZOO NEGARA MENAIKI BAS APAKAH FRASA UNTUK PREDIKET AYAT INIFRASA KERJA: KATA "PERGI" DISEMBUNYIKAN TATABAHASA DEWAN - PENGGUGURAN KATA CONTOH LAIN BERKERJA - BEKERJATatabahasa20.05.2011
Mengapakah `perkasa` yang menerima apitan meN-kan mengekalkan `p` iaitu `memperkasakan` dan bukannya 'memerkasakan`?perkasa apabila menerima apitan meN-kan tidak mengalami pengguguran hurup kerana termasuk dalam kekecualian dan kekal sebagai memperkasakan. Keterangan lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, mukas surat 146, Awalan Kata KerjaTatabahasa09.11.2007
Jika dalam dialog, bolehkah digunakan simbol ini '...' untuk menandakan bahawa watak yang bercakap itu seakan-akan berhenti bercakap untuk berfikir seketika?Tanda (...) dipanggil ellipsis yang menandakan terdapat pengguguran kata dalam teks. Ia boleh digunakan dalam dialog, akan tetapi bukannya bermakna untuk menandakan bahawa watak yang bercakap itu seakan-akan berhenti bercakap untuk berfikir seketika. Untuk lebih jelas, rujuk Gaya Dewan, terbitan DBP pada halaman 71.Tatabahasa28.10.2015
Assalamualaikum tuan/ puan yang budiman, Terima kasih atas respons pantas kepada persoalan saya sebelum ini. Responsnya seperti berikut: Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta. Namun saya keliru: 1. Bagaimana pula untuk huruf 'T', BM masih mempunyai 'pentafsir', 'pentaksiran'. 2. Bagaimana dengan imbuhan 'Me..' seperti Sunting = Menyunting, Perah = Memerah, Palsu = Memalsukan. Respons tuan/ puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.1. Perkataan pinjaman daripada bahasa asing yang bermula dengan huruf "T" terkecuali daripada rumus yang tersebut. Contohnya Tafsir (bahasa Arab) - mentafsir, pentafsir dan transformasi (bahasa Inggeris) - mentransformasi.

2. Untuk makluman puan, imbuhan meN- boleh menjadi menjadi empat varian bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men- dan meng-. Imbuhan meN- menjadi me- (memasak), meN- menjadi men- (menderu), meN- menjadi mem- (membaca), meN- menjadi meng- (menggali). Untuk maklumat  lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 151.
Tatabahasa28.02.2014
1. Ini buku Amin atau buku Iman? 2. Ini buku Amin atau Iman? Mana satu ayat yang betul?Ini buku Amin atau buku Iman? (tepat)...

Penjelasan.
 Berlaku pengguguran subjek sahaja. Dalam ayat di atas subjek ialah Ini...
Tatabahasa16.08.2012
contoh ayat transformasi " ke pasar," Entah ke mana perginya Zilalah "macam mana dia nampaknya?" adakah ini ayat transformasi?

Ayat Transformasi yang telah mengalami perubahan aturannya sama ada melalui pengguguran, penyusunan semula atau peluasan unsur-unsur struktur dalaman ayat tersebut. Ayat ini dibincangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, Bab 19: Proses Penerbitan Ayat. Sila rujuk halaman 531, buku Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa26.05.2010
123456

Kembali ke atas