Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gu.na] | ڤڠݢونا

Definisi : orang dll yg menggunakan: tumbuh-tumbuhan ialah penyimpan bahan makanan, haiwan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gu.na] | ڤڠݢونا

Definisi : orang yg menggunakan sesuatu; pengambil faedah drpd sesuatu benda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengguna


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
user statustaraf penggunaKomunikasiKorporatKaedah mengkategorikan pengguna sasaran bagi pengiklanan sesuatu barangan. Jenis kategori pengguna diklasifikasikan sebagai pengguna tetap, pengguna pertama kali, pengguna baru, pengguna berpotensi, bekas pengguna, dan bukan pengguna. Fungsi pembahagian ini adalah untuk membantu pihak pengiklan mengenal pasti jenis khalayak sasaran yang sebenar bagi barangan yang hendak diiklankan. Dengan mengenali jenis khalayak sasaran berdasarkan pembahagian ini, membolehkan perancang pengiklanan menyusun strategi pengiklanannya bagi mencapai matlamat pengiklan. Contohnya, sekiranya pengiklan ingin menarik bekas pengguna barangan, maka strategi tertentu digunakan untuk menarik khalayak jenis ini. Maklumat mengenai taraf pengguna memudahkan pengiklan untuk menyusun strategi penguasaan khalayak.
current awarenessmaklumat kiniPerpustakaanTiadaSatu sistem dan kadang-kadang merupakan satu penerbitan untuk memberitahu pengguna-pengguna perpustakaan tentang dokumen semasa dan perkhidmatan maklumat, misalnya penyebaran maklumat terpilih, buletin, perkhidmatan pengindeksan dan maklumat semasa.
free softwareperisian bebasTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang lengkap dengan kod sumber dan diedarkan kepada pengguna. Pengguna dibolehkan menukar, menggunakan atau mengedar asalkan semua pindaan ditanda dengan jelas dan nama serta notis hak milik penulis asal tidak dibuang atau diubah suai.
current awareness serviceperkhidmatan maklumat kiniPerpustakaanTiadaPerkhidmatan yang diberi menggunakan satu sistem, selalunya penerbitan untuk memberitahu pengguna-pengguna perpustakaan tentang dokumen semasa dan perkhidmatan maklumat, misalnya penyebaran maklumat terpilih, buletin, perkhidmatan pengindeksan dan maklumat semasa.
sand filterpenapis pasirKejuruteraanKejuruteraan BangunanPenapis untuk loji pembersih air yang digunakan untuk menapis air yang disalurkan kepada pengguna-pengguna.
remote calculatorpenghitung jauhKejuruteraanTiadaPeranti papan kekunci yang tersambung secara terus ke pemproses pusat melalui sesuatu paut data untuk membolehkan pengguna-pengguna di lokasi yang jauh mengemukakan masalah yang memerlukan penghitungan di komputer berkenaan.
redirectionarah semulaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah yang digunakan dalam serangan permintaan data, iaitu alamat penghantaran data diubah suai ke suatu lokasi yang dikendalikan oleh pengguna hasad. Apabila pengguna sah melawati laman web tertentu yang telah diubah suai oleh pengguna hasad, pengguna berkenaan akan membekalkan maklumat peribadi seperti ID log masuk, kata laluan atau nombor kad kredit. Maklumat tersebut tidak dihantar ke lokasi yang sepatutnya, tetapi disalurkan ke sebuah komputer lain yang ditugaskan untuk mengumpul maklumat tersebut tanpa disedari pengguna. Pengguna hasad kemudiannya akan mengutip maklumat terkumpul tersebut untuk kegunaan peribadi. Kaedah ini juga sering digunakan dalam serangan penipuan berasaskan e-mel dan juga laman web pengiklanan yang membawa pengunjung laman web ke laman yang tidak diingininya.
consumer industryindustri pengguna/ perusahaan penggunaEkonomiTiadaIndustri yang mengeluarkan barang bagi keperluan penggunaan secara langsung, seperti makanan, pakaian, radio dan mesin basuh.
consumer industryindustri pengguna/ perusahaan penggunaEkonomiTiadaTiada
user-drivendipacu penggunaTeknologi MaklumatTiadaProses penyesuaian atau peningkatan produk mengikut kehendak atau profil individu atau sekumpulan pengguna. Misalnya keperibadian laman Web agensi berita iaitu membenarkan pengguna menukar susun atur laman Web dan jenis berita agar reka letak halaman dan jenis berita yang dikehendaki pengguna sahaja yang dipaparkan. Pengguna bukan sahaja dapat memilih jenis berita malah tapak Web agensi berita turut menyimpan profil pengguna agar setiap jenis produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan adalah mengikut gaya dan cita rasa pengguna.Contoh lain adalah keperibadian antara muka sistem pengendalian.
12345678910...

Kembali ke atas