Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hab.lu.ran] | ڤڠهبلورن

Definisi : proses menghablur atau menghablurkan, pembentukan hablur, peng­kri­stalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hab.lu.ran] | ڤڠهبلورن

Definisi : proses menghablur atau menghablurkan; pembentukan hablur: Selalunya garam yg larut disediakan dgn cara ~, dan garam yg tidak larut disediakan dgn cara pemendakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penghabluran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
homogeneous crystallizationpenghabluran homogenKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenghabluran pembentukan zarah baru yang tidak dipengaruhi oleh benda asing. Penghabluran ini jarang-jarang berlaku kerana cairan induk berada dalam keseimbangan metastabil yang tidak diingini akibat hablur yang terbentuk tidak stabil dan memakan masa untuk terbentuk.
heterogeneous crystallizationpenghabluran heterogenKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenghabluran dengan benda atau hablur asing dicampurkan ke dalam cairan induk yang bertindak sebagai mangkin untuk mempercepat proses pembentukan zarah baru atau nukleus penghabluran.
work function of crystallizationfungsi kerja penghabluranKejuruteraanKejuruteraan KimiaTenaga yang diperlukan untuk membina hablur dalam proses penghabluran untuk peningkatan keupayaan yang ditakrifkan sebagai (rujuk m/s 70) dengan DQ = perubahan fungsi kerja penghabluran, b = faktor bentuk, L = saiz hablur, V = isi padu molar larutan, s = purata tenaga permukaan hablur, m = keupayaan kimia pelarut, m� = keupayaan kimia hablur dalam keseimbangan.
needle breeding of crystalpembiakan hablur jarumKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenghabluran yang tidak diingini apabila bentuk hablur yang ganjil seperti jarum atau berbentuk tajam terbentuk. Penghabluran ini disebabkan oleh magma tidak diedarkan dengan sempurna atau penghabluran berlaku pada keadaan tepu lampau yang terlalu tinggi.
recrystallizationpenghabluran semulaKimiaTiadaPenghabluran yang dilakukan berulang kali untuk mendapatkan hablur yang tulen.
recrystallizationpenghabluran semulaFizikModenPenghabluran struktur hablur yang tidak melibatkan perubahan bentuk kimia hablur berkenaan.
moment equation of crystallizationpersamaan momen penghabluranKejuruteraanKejuruteraan KimiaPersamaan umum yang dinormalkan untuk mendapatkan pelbagai jenis agihan saiz hablur dalam proses penghabluran yang dijelaskan sebagai (rujuk m/s 302) dengan j = tertib momen (j = 0, 1, ...), n = fungsi ketumpatan populasi hablur, x = L/Gt, L = panjang hablur, t = masa penghabluran, G = kadar pembesaran hablur.
anabaric crystallizationpenghabluran anabarikKejuruteraanPolimerPenghabluran polimer yang dijalankan pada keadaan tekanan tinggi supaya rantai hablur memanjang, lamela menebal, dan pelipatan rantai dikurangkan.
crystallizationpenghabluranBioteknologiTiadaKaedah penulenan sebatian berberat molekul rendah, misalnya penghabluran Penisilin g yang diekstrak daripada kaldu fermentasi dengan menggunakan butil asetat melalui penambahan kalium asetat ke dalam larutan alkohol.
mixed suspension mixed product removal modelmodel penyingkiran produk bercampur ampaian bercampurKejuruteraanKejuruteraan KimiaModel penghabluran yang paling unggul untuk menganggarkan agihan saiz dalama produk penghabluran daripada data kinetik penukleusan dan pembesaran hablur. Model ini digunakan untuk menentukan parameter kinetik penghabluran dan juga menilai kecekapan sesuatu unit penghablur. Singkatan MSMPR.
12345678910...

Kembali ke atas