Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ha.da.man] | ڤڠهضمن

Definisi : proses menghadamkan, pen­cernaan: sistem ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ha.da.man] | ڤڠهضمن

Definisi : proses hadam atau menghadamkan (makanan di dlm perut); pencernaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadam (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan cerna, hancur, serap, larut;,
Kata Terbitan : menghadamkan, terhadam, penghadaman, penghadam,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM PENGHADAMANSistem penghadaman terdiri dari satu siri struktur yang bersambungan, membentuk tiub dari mulut sehingga dubur ‘anus’. BIOLOGISistem
DISPEPSIA

Dispepsia ialah istilah yang digunakan secara

longgar untuk merujuk kepada gangguan

penghadaman. Dispepsia melibatkan gejala

seperti sakit pada abdomen atas, pedih hulu hati,

sendawa, bahagian perut berasa sendat dan sebu,

dan memuntahkan makanan atau cecair berasa

masam.

UMUM 
AIR LIUR

Air liur ialah bendalir melengket-lengket yang

dikeluarkan dalam mulut, penting untuk

penghadaman makanan. Bendalir ini tidak

berwarna dan rupanya seperti air.

UMUM 
TINDAK BALAS KIMIA

Tindak balas kimia ialah proses sesuatu bahan

bertukar secara kimia menjadi bahan lain. Semua

tindak balas kimia melibatkan pembentukan atau

pemusnahan ikatan di antara atom. Tindak balas

kimia termasuk pengaratan besi dan penghadaman

makanan. Kebanyakan tindak balas kimia

membebaskan haba. Misalnya, tindak balas kimia

yang berlaku dalam penghadaman membebaskan/

mengeluarkan haba yang menjadikan badan kita

panas dan berfungsi.

UMUM 
AKTINOMIKOSIS

Aktinomikosis ialah penyakit berjangkit yang

jarang-jarang ditemui yang menjejaskan kesihatan

manusia. Ia dicirikan oleh pembentukan abses

yang menyakitkan pada mulut, paru-paru, atau

organ penghadaman.

UMUM 
KELENJAR

Kelenjar ialah tisu atau organ yang menghasilkan

dan membebaskan bahan kimia yang berguna.

Kelenjar terletak di pelbagai tempat di seluruh

badan manusia dan kebanyakan haiwan lain.

Bahan-bahan yang dikeluarkan oleh kelenjar

melakukan pelbagai fungsi. Contohnya, sesetengah

daripada rembesan ini membantu melembapkan

kulit. Rembesan yang lain pula membantu

penghadaman mengawal pertumbuhan dan

perkembangan badan.

UMUM 
MULUT

Mulut ialah bahagian badan yang sesuai untuk

menerima makanan. Bibir pada bukaan mulut

membantu kita minum dan mengambil makanan. Di

dalam mulut, ada dua baris gigi, satu di atas baris

yang satu lagi, untuk mengunyah dan

menghancurkan makanan hingga lumat supaya

boleh ditelan dan dihadam. Kelenjar air liur di

dinding dan lantai mulut mengeluarkan air liur,

yang bercampur dengan makanan yang dikunyah.

Air liur menjadikan kita lebih mudah menelan

makanan kering dan membantu penghadaman gula.

Lihat Air liur.

UMUM 

Kembali ke atas