Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.han.tar] | ڤڠهانتر

Definisi : 1. orang yg menghantar (me­ngirim) surat dsb; 2. orang yg membawa se­suatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar; 5. = pengantar pan­dangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 6. = pengantar sesuatu (bahasa) yg digunakan utk me­nyam­paikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.han.tar] | ڤڠهانتر

Definisi : 1 orang yg menghantar: ~ surat khabar. 2 alat utk menghantar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk pekerjaan yang muncul selepas PKP iaitu "rider" untuk makanan dan dokumen. Apakah istilah yang sesuai dalam Bahasa Melayu apabila saya mahu mengajar anak murid tentang profesion baru ini.Cadangan padanan istilah yang sesuai untuk "rider" ialah "penghantar". Contohnya "Penghantar Makanan,/Penghantar Dokumen". Makna03.07.2022
Apakah perbezaan maksud antara `penghantar` dengan `pengantar' ? adakah kedua-dua perkataan ini daripada kata dasar `hantar`? Bolehkah ` bahasa pengantar` disilih ganti dengan ` bahasa penghantar` dengan mengekalkan maksud asalnya? terima kasih.

1. Penghantar ialah orang yg menghantar (mengirim) surat dsb; 2. orang yg membawa sesuatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar;

 Pengantar ialah padangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 2. sesuatu (bahasa) yg digunakan utk menyampaikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah;

2. Kata dasar bagi penghantar ialah hantar, manakala pengantar ialah antar.

3. Frasa yang betul ialah bahasa pengantar.

Makna09.12.2009
1. bahasa pengantar atau bahasa penghantar 2. institut pegajian tinggi atau institusi pengajian tinggi1. Dalam Kamus Dewan penghantar sama maksudnya dengan pengantar, iaitu sesuatu (bahasa) yang digunakan untuk menyampaikan maklumat. Walau bagaimanapun lazimnya frasa bahasa pengantar yang digunakan.
2. Frasa yang betul ialah institusi pengajian tinggi.
Tatabahasa30.10.2012
Selamat sejahtera. Saya nak tanya mana satu yang betu: 1. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar ilmu pengetahuan moden. Soalan saya: PENGHANTAR atau PENGANTARPerkataan yang betul ialah "pengantar" dalam contoh ayat "Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden.  Tatabahasa06.10.2022
Semasa menulis surat, di bawah nama penghantar, adakah gelaran ditulis selepas atau sebelum ijazah? Contoh: Dato' Dr Rafiz Abdul Rani DIMP, BMedSc, MBBS atau BMedSc, MBBS, DIMP?Kami mencadangkan ejaan yang berikut digunakan:
Dato' Dr. Rafiz Abdul Rani, DIMP
(BMedSc, MBBS)
Ejaan14.03.2016
Apakah 'despatch boy' dalam bahasa malaysia?Istilah Pertadbiran Perniagaan memberikan padanan “Penghantar Surat” untuk “Despatch Boy”.Istilah28.03.2014
apa itu kemahiran komunikasi takrif komunikasi interpersonal dan intrapersonalKemahiran komunikasi ialah kemahiran berhubung antara penghantar (sumber) dan penerima (sasaran) melalui medium komunikasi. Komunikasi interpersonal adalah seperti komunikasi antara perorangan, komunikasi perseorangan, komunikasi bersemuka. Komunikasi intrapersonal ialah komunikasi yang berlaku dalam diri seseorang seperti monolog yang ditujukan kepada diri sendiri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, saudara boleh merujuk mana-mana Jabatan Komunikasi di IPTA dan IPTS.Lain-lain08.01.2008
Betulkah penggunaan perkataan 'merbahaya' dalam ayat di bawah ini. 1. Awas, merbahaya! (Biasanya ia terdapat pada lori penghantar minyak- Petronas) 2. Kawasan larangan, merbahaya.Ejaan yang tepat ialah berbahaya.

1. Awas, berbahaya!
2. Kawasan larangan dan berbahaya.
Ejaan21.07.2013
Ingin tahu mengenai sejarah terbitnya kamus dewanSejarah ringkas penerbitan kamus Dewan ada ditulis dalam ruangan Kata Penghantar, Kamus Dewan Edisi Keempat dan untuk maklumat terperinci sila rujuk artikel atau buku yang mengisahkan sejarah perbitan kamus khususnya Kamus Dewan.Lain-lain07.07.2008
Salam sejahtera, Tuan/Puan Saya ingin rujuki istilah sains yang terdapat dalam "Carian Kata" laman sesawang DBP: 1) Delivery tube = diterjemahkan sbg "Salur penghantar" 2) Glass tube = diterjemahkan sbg "Tiub kaca" Walaupun kedua-dua istilah sumber mempunyai "tube", mengapa istilah sumber yang diberikan pula adalah berbeza? Adalah istilah "salur" dan "tiub" boleh digunakan secara rambang? Sekian, terima kasih.Untuk makluman istilah digubal berdasarkan konsep. Istilah dibentuk oleh pakar bidang dan padanan bahasa Melayu ditentukan berdasarkan konsep sesuatu benda tersebut. Dalam konteks ini, bentuk, kegunaan dll akan diambil kira semasa membentuk istilah tersebut. Oleh sebab itu, sama ada salur atau tiub,  bergantung pada konsepnya dan tidak boleh ditukar ganti secara rambang kerana istilah tube mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti salur, tiub dan tabung.Istilah29.11.2011
12

Kembali ke atas