Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.han.tar] | ڤڠهانتر

Definisi : 1. orang yg menghantar (me­ngirim) surat dsb; 2. orang yg membawa se­suatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar; 5. = pengantar pan­dangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 6. = pengantar sesuatu (bahasa) yg digunakan utk me­nyam­paikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.han.tar] | ڤڠهانتر

Definisi : 1 orang yg menghantar: ~ surat khabar. 2 alat utk menghantar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Process Server and Notice ServerPenghantar Saman dan Penghantar NotisPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
digital signaturetandatangan digitalTeknologi MaklumatPerisianSkema yang menggunakan kriptografi tak simetri. Skema ini digunakan untuk melaksanakan tandatangan elektronik bagi menentusahkan penghantar mesej ialah penghantar yang sebenar. Tandatangan digital ini bersamaan dengan tandatangan bertulis tangan dalam kebanyakan aspek. Walau bagaimanapun, tandatangan digital sukar untuk ditiru kerana skemanya berdasarkan algoritma kriptografi. Tandatangan digital ini juga menyediakan perkhidmatan tiada sangkalan, iaitu penghantar tidak dapat menafikan bahawa mesej tersebut dihantar olehnya dan penerima tidak boleh menafikan bahawa mesej tersebut tidak diterima olehnya. Contoh penggunaannya ialah Sistem e-Filing dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sinonim tandatangan elektronik.
feeder roadjalan penghantarKejuruteraanTiadaJalan utama yang digunakan oleh kenderaan penghantar.
feeder roadjalan penghantarGeografiTiadaJalan utama yang digunakan oleh kenderaan penghantar.
courierpenghantar suratSains PolitikHubungan AntarabangsaKakitangan berpangkat rendah di pejabat kedutaan yang bertanggungjawab menghantar surat diplomatik. Penghantar surat diplomatik ini mendapat status kekebalan diplomatik. Beliau juga diberi jaminan diplomatik untuk memasuki negara lain bagi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
second messengerpenghantar keduaVeterinarPraklinikalMolekul kecil yang dijana dalam sel sebagai gerak balas kepada pengikatan hormon pada reseptor permukaan sel. Molekul kecil ini kemudiannya mencetuskan satu siri interaksi molekul yang akan mengubah keadaan fisiologi sel tersebut. Contoh penghantar kedua ialah adenosina monofosfat siklik (cAMP) dan guanina monofosfat siklik (cGMP).
data communicationkomunikasi dataTeknologi MaklumatTiadaKaedah penghantaran dan penerimaan data digital daripada satu peranti penghantar ke peranti destinasi melalui medium penghantaran. Peranti penghantar dan penerima adalah seperti komputer, telefon bimbit dan PDA. Medium penghantaran adalah seperti kabel sepaksi, gentian optik, mikrogelombang atau frekuensi radio. Modem diperlukan jika talian telefon digunakan untuk menghantar data.
twin crystal probeprob hablur berkembarTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikProb yang berfungsi sebagai penghantar dan penerima gelombang ultrasonik yang berada dalam satu unit. Penghantar dan penerima diasingkan oleh satu bahan pemisah yang telap bunyi. Prob ini digunakan untuk mengukur ketebalan bahan kurang daripada 30 mm.
transmit receive/transceiver probeprob hantar terimaTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikProb yang berfungsi sebagai penghantar dan penerima gelombang ultrasonik yang berada dalam satu unit. Penghantar dan penerima diasingkan oleh satu bahan pemisah yang telap bunyi. Sinonim prob hantar tangkap.
CSMA/CA (carrier sense multiple access/collision avoidance)CSMA/CA (capaian berbilang deria pembawa/ pengelakan pelanggaran)Teknologi MaklumatTiadaTeknik pengesanan isyarat daripada peranti penghantar pada talian untuk mengelakkan pelanggaran dengan isyarat dari peranti lain yang sedang menghantar isyarat. Peranti penghantar akan menyemak saluran pembawa untuk mengelak pelanggaran kedua.
12345678910...

Kembali ke atas