Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hi.dap] | ڤڠهيدڤ

Definisi : orang yg menghidap (menang­gung) sesuatu penyakit: ~ penyakit malaria. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hi.dap] | ڤڠهيدڤ

Definisi : orang yg menghidap atau menanggung sesuatu penyakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidap
Kata Terbitan : menghidapi, hidapan, penghidap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deutandeutanSains KesihatanTiadaPenghidap deuteranomali atau deuteranopia.
dichromatismdwikromatismeFizikOptikButa warna separa yang dialami oleh seseorang penghidap yang penglihatannya berdasarkan kepada hanya dua warna primer dan bukannya tiga warna sebagaimana kebiasaannya.
Bloom syndromesindrom BloomBiologiGenetikKekerdilan yang diwarisi melalui gen autosom resesif. Penghidap sindrom ini menunjukkan kekurangan keimunan dan kepekaan terhadap cahaya matahari.
brain fogkabut otakPsikologiTiadaSindrom pasca-COVID yang dihadapi oleh bekas penghidap COVID-19 yang menyebabkan mudah lupa, keliru dan kurang daya fokus.
Rauscher leukaemia virusvirus leukemia RauscherBiologiGenetikRetrovirus yang dipencilkan daripada plasma tikus penghidap leukemia.
deutranopiadeutranopiaSains KesihatanTiadaRabun warna yang melibatkan kecacatan persepsi warna hijau dan merah. Penghidap tidak dapat membezakan antara warna hijau dengan warna merah.
waterborne pathogenpatogen bawaan airKejuruteraanTiadaPatogen merangkumi virus, bakteria, protozoa, dan helmin yang dilepaskan oleh penghidap penyakit dan berjangkit melalui air.
hyperglycaemiahiperglisemiaPerubatanTiadaKehadiran glukosa yang terlalu tinggi dalam darah melebihi tahap normal. Keadaan ini biasa terjadi pada penghidap diabetis melitus. Tahap glukosa yang normal adalah antara 3.5 – 6.7 mmol/L.
American Society of Anaesthesiologists ClassificationKlasifikasi Persatuan Anestesiologi AmerikaPerubatanTiadaSistem klasifikasi fizikal pesakit sebelum pembiusan. Sistem ini mengkategorikan pesakit mengikut tahap kesihatan, iaitu Kelas I hingga V. Pesakit Kelas I ialah pesakit yang sihat, manakala pesakit Kelas II ialah penghidap penyakit yang terkawal seperti asma, kencing manis dan hipertensi. Pesakit Kelas III pula merupakan penghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa semasa pembiusan dan pembedahan. Pesakit Kelas IV merupakan pesakit tenat yang mengancam nyawa. Pesakit Kelas V ialah pesakit yang nazak dan boleh mati dengan atau tanpa pembedahan. Huruf ‘E’ akan ditambah selepas Kelas I hingga V sekiranya pesakit menjalani pembedahan kecemasan. Contohnya, ASA IV-E bermakna pesakit menghidap penyakit tenat yang mengancam nyawa dan akan menjalani pembedahan kecemasan.
depressionkemurunganPsikologiPsikologi UmumPerasaan yang dalam keadaan normal membuatkan individu merasakan dirinya serba kekurangan, tidak aktif dalam kehidupan seharian dan terlalu pesimistik terhadap masa hadapan. Dalam kes patologi, penghidap kemurungan langsung tidak memberikan tindak balas terhadap sebarang rangsangan, mengalami susut nilai diri yang teramat, delusi kekurangan diri dan putus harapan. Sinonim depresi.
12

Kembali ke atas